Monday, November 29, 2010

Nak Bace Ape Ek????

hmm... nak bace ape ek? hmm.. soalan nie ditujukan untuk aku n rakan2 sebagai pelajar yang ambil teori & amalan perakaunan pada hari esok (30/11) untuk exam nanti.. nak bace ape je untuk exam tue?? jemm... hahahaha.. masing2 tertanye antara masing2.. ko tanye aku, aku tanye ko, ko tanye kawan aku, aku tanye kawan ko dan kawan ko tanye kawan aku apa yang masuk dan kene bace n hafal.. huhuuhuhu. sebenarnya.. aku sendiri pun x tahu nak kene bace yag mana... part yang mana.. tajuk yang betul2 keluar dan topik yang dijangka akan menjegah di dewan peperiksaan aras 2 nanti.. semua hanya tawakal dan berserah dengan apa sahaja kemungkinan yang bakal berlaku nanti.. Ya Allah.. semoga esok kami berjaya wat yang terbaik untuk menjawab soalan teori nanti.. Amin...

'you will hate me after you see the final question".. huhuhu.. itu kate2 Dr Gurcharan semasa last kuliah dia hari itu.. seram sejuk dengar kate die itu.. takut siot.. sebb manalah tahu ia jadi realiti.. hehehehe... kalau nak diikutkan.. kalau die x kate mcm tue pun dah boleh tahu bagaimana soalan teori nanti.. so, double risau n takut la untuk exam teori. ape lah wat.. nak tak nak kene jawab gak la soalan teori tue.. huhuhu.. xpe.. kalau kita usaha untuk memahami dan mejawab soalan tue.. InsyaAllah ia akan menjadi mudah dan dipermudahkan.. InsyaAllah.. tapi, sebenarnya tak dapat agak apa yang akan kuar nanti.. so, just wait n see tomorrow.. huhuhu.. tabikk!!!!

kepada kawan2.. good luck tuk exam teori.. dan kepada yang x tahu nak kene fokus n bace ape.. just relax yourself n think the topic that maybe come out esok.. all the best.. gunakan masa yang sepenuhnya iaitu 3 jam untuk menjawab soalan teori.. hehehe.. x lupa nasihat tersebut untuk diri aku jugk.. InsyaAllah.. kalau nak tahu apa yang berlaku pada exam Teori esok.. nanti aku update lepas exam Teori esok.. InsyaAllah...

Sunday, November 28, 2010

Hari Ini Hari Ahad

Hahaha.. Hari ini hari ahad.. esok hari isnin.. lusa hari selasa... huhuhu.. ada ape ngan hari ahad? entahlah.. macam biaselah.. setiap ahad mesti bangun tidur lewat.. apelah nak jadi ngan aku nie.. biaselah tue.. malam minggu tidur lambat.. so ahad jadi mangsa.. kesian ahad.. kalau mase minggu study week.. ahad x jd mangsa sebb bangun awal untuk study.. so ahad hari nie mmg agak awal jgkla aku bangun tidur.. huhuhu... harapan untuk pagi ahad. petang ahad n malam ahad untuk hari nie semestinye menjadi taruhan kepada aku sebb moga2 apa aku plan menjadi.. hehehehe... mmg plan nak study hari nie.. study + study + study = study.. itu yang terbaik untk 3 exam lagi.. seram sejuk dibuatnya...

Kalau kebiasaannya. kalau aku x pulang ke rumah.. aku akan ditinggalkan sowang diri dalam bilik.. hehehe. yela.. semua roomate aku balik rumah.. sedihnya.. tapi maklumlah bukan 1 minggu je mereka wat cmtue.. hampir setiap minggula begitu.. asyik2 aku tinggal sowang diri dalam bilik. bukan takut.. tapi boring kot duk sowang2 dalam bilik... nak watpe? aku nak kuar tp malas... kalau rajin pun nak kuar g makan je la.. hahahah.. kalau nak g shopping tue agak mustahil beb.. xde keje nak wat kuar sowang2 semata2 nak g cari baju.. beli makanan.. n sebagainya.. baik aku duk dalam bilik. hadap laptop download n tgk movie.. lagi best.. kalau setakat nak g jalan2, xde kejenye.. melainkan aku g KL Sentral untuk beli tiket ketapi balik umah.. hahahah... semua roomate aku rumah dekat.. 1 atau 2 jam dah boleh tibe rumah.. aku kalau nak balik 4 jam. tak berbaloi baloi kot.. hehehehe... walaubagaimanapun.. duk bilik sowang2 dah boleh jd mcm raja dah.. semua nak wat boleh wat.. tidur 24jam.. itu semestinya boleh wat..tapi x kan kot.

Kalau hari ahad.. kadang2 x best sebb esoknya (isnin) ade kelas.. aish!!! itu yang malas nak pikir tue.. apatah lagi bile kelas kul 8 pagi. hahaha. mampu ke nak bangun awal pagi? huhuhu.. dah la kelas kul 8 pagi lepas tue petang lak baru ade.. kene tunggu 7 jam untuk kelas seterusnya.. tapi itu dah lepas sebb sem 5 dah tamat.. lepas nie dah nak masuk sem 6.. jadual dah tgk.. semua kelas xde kul 8.. selamat.. tapi tutorial lum tahu lagi cmne nasib.. huhuhu.. harap2 xde kelas tuto jatuh pada jam 8 pagi.. huhuhu..

So, tak kirapun hari apa pun. yang penting hari hari kene jalani kehidupan seperti biase.. selagi kita mampu untuk bernafas.. kita kene bersyukur dengan nikmatNya...

Aduhai..

aduhai? kenapa dengan aduhai? aku mengeluh ke? atau aku cuba melepaskan sesuatu yang akan membebankan? ish2... apelah aku nie.. hehehehe.. sebenarnya aku x tahu nak kate ape.. makin hari makin risau dengan keadaan aku nie.. makin malas pun ade.. makin x bermaya pun ade.. makin xde tenaga pun ade sikit2.. kenapa? hmm.. mesti mood untuk exam la nie. jadi masalah.. susah la nak study sem nie.. maybe semuanya agak tuff n susah nak difahami.. semuanya ada teori yang terlalu byk untuk dihafal.. psikologi kanak2 n company law dah lepas.. maknanya.. lepas dah 2 teori untuk dibaca.. tetapi berjaya ke aku untuk kedua2 teori itu.. lagi 3 teori akan dtg.. bukan setakat teori je.. teori termasuk pengiraan.. malahan pengiraan kene kaitkan dengan teori.. huhu.. rumitkan? hehehe.. tapi xpelah.. selagi sedaya yang aku mampu dan ada... aku cuba wat yg terbaikla untuk 3 exam nanti.. InsyaAllah..

selasa nie ade exam teori.. khamis exam tax n jumaat exam FM.. huh!!! wan?? dah ready ke lum nie? hm.. aku pun rela hati menjawab.. entahlah!!.. hmm.. x tahu nak ckp aku sebb aku x tahu setakat mana aku ready.. nak study tax, FM n teori mmg aku nak sgt.. tapi kalau kene study dari awal bab itu yg buat aku penat sebb kene cover dari mula2.. tax, teori n fm bukan subjek yang mudah untuk skor.. kene guna 104% tenaga dan 100% masa untuk cover semua itu.. aku tension ke? aku tension ke sem nie? kenapa sen nie aku lebih tension dari sem2 yang lepas? adekah sebb sem nie byk sgt teori nak kene bace n aku x faham bace teori? adekah aku bace hari nie esok dah lupa balik? adekah aku malas nak bace sebb x faham2 term2 yg penting? adekah? adekah? adekah?

aku akui sem nie mmg aku rase amat sukar nak skor subjek yang aku ambil sebb aku x tahu kenapa... maybe perlu fokus n tenaga yang cukup untuk terus beri yang terbaik.. aku bukan malas. aku bukan x nak study.. tapi aku takut ape yang aku study x masuk2 n hilang mcm tue je.. aku xnak 2 exam yang lepas mempengaruhi mood aku.. aku kene wake up.. please wan.. wake up!!!!

*** saje2 je post sebb sgt takut n gementar untuk exam yg seterusnya.. nak study pun mcm xde mood.. tapi harap dengan usaha dan bantuan dariNya.. InsyaAllah.. semuanya berjalan lancar...

Saturday, November 27, 2010

Exam Oh Exam...

huhuhu.. sekarang nie baru ade mase nak update blog aku nie.. maklumlah baru 2 paper exam yang dah selesai untuk dijawab.. huhuhu.. sekarang tinggal 3 lagi yang belum dijawab semuanya minggu depan.. aduhai.. 2 paper yang lepas merupakan paper yang agak cemas n sukar untuk dijawab.. mudah - mudahan 3 paper yang akan dtg nie nanti dapat memberi makna kepada exam lepas 2 paper yang dah lepas.. huhuhu... study punya study.. nasib 2 paper yang dah exam itu harap dapat memberi satu keputusan yang baik dan aku puas hati.. heheheh..

exam psikologi kanak - kanak (25/11) memberi sinaran cahaya pada exam pertama aku untuk sem nie.. soalan objektif mmg ade soklan yang agak mengelirukan dan membingungkan dan soalan esei semestinye hebat walaupun susah.. sebb esei dan diberi hint untuk dijawab dan dipilih.. so, kesimpulannya aku beri 90% kepercayaan untuk dapat A untuk psikologi kanak - kanak.. paling tidak pun dpt B+ ke atas.. InsyaAllah.. soalan psikologi yang sememangnya agak mudah juga kerana ia dalam Bahasa Malaysia (bahasa tercinta, bahasa kebangsaan) cewaahhh!! harap2 berjaya untuk psikologi kanak - kanak... Amin..

exam undang - undang syarikat (26/11) merupakan harapan punah bagi aku.. hahaahha... sebab? 1) semua section yang aku hafal semuanya hilang dalam kepala bila nak jawab exam.. 2) exam jadi kelam kabut bila econ dan suasana yang semakin membeku dan sebb itu kepala jadi hang.. 3) asyik bukak act.., semua jdi kelam kabut sebb masa makin singkat.. hahahaha. sedih bila memikirkan nasib undang2 syarikat sebb entah apa yg aku jawab n tulis.. n apalah keputusan yang akan aku dpt.. harap2 tidak kecundang di medan perang.. huhuhu.. tak tahu nak kate ape.. tunggu jela result nanti.. hehehehe.. harapan nak dpt A untuk company law tidaklah berharap kerana tgk cara aku jawab pun boleh agak aku dpt ape.. semoga Dr Chan tak straight tanda jawapan kami.. hehehehe.. paling tinggi aku harap boleh skor dalam B ke atas. kalau dpt A. boleh wat kenduri.. heheheh... harap2 gred yang terbaik aku peroleh sejajar n usaha aku untuk jawab company law..

semoga stakat nie 2 paper aku dah lalui beri 1 keputusan yang baik kepada pointer aku sem nie.. semoga aku dapat wat yang terbaik untuk 3 paper yang akan dtg pade 30/11, 2/12 dan 3/12 nanti.. InsyaAllah...

Saturday, November 20, 2010

Demam Exam... Debaran Makin Terasa...

diam x diam dah nak dekat exam rupanya... hahahaha.. bagaimana persiapan aku untuk exam nie.. hmm.. adakah 100% ready, adakah 100% bersiap untuk melihat soklan exam nanti atau adakah 100% semua nota n latihan telah dibaca dan dibuat.. haish!!! UM dah bg cuti 3 minggu, itu pun masa x cukup nak wat persediaan. padahal 3 minggu tue lama masanya.. mcm2 subjek boleh cover.. begitu juga dengan bab... kalau dah study kat umah.. paham2 jela.. mmg x buka buku lerr nampaknya.. byk sgt dugaan.. televisyen, member2 ajak lepak n jalan2, lagi2 tidur.. huhuhu.. jujurnya.. aku lum ready nak exam nanti bermula 25hb November nie.. Takutnya!!!!
padahal ini bukan kali pertama aku exam kat UM nie.. dah nak masuk ke 5 kali dah.. tapi, perasaan takut + cuak + gelabah + grabra + cemas = nak exam.. Tolong!!!!!!!!!

Psikologi Kanak - Kanak, Undang2 Syarikat, Teori Perakaunan, Percukaian Korporat & Kewangan Pengurusan bakal aku ambil sem 5 nie.. harap2 kesemuanya memberi result dan impak yang baik untuk aku sem nie.. kalau Gelagat Organisasi hanya berjaya dapat B, harap yang len turut mengikuti jejak langkah OB dan mampu dapat yang lebih baik dari B.. masih ingat lagi kata2 cikgu aku dulu "walaupun apa yang awak dapat hanya sekadar lulus atau melepas target awak, adakah awak puas dengan pencapaiannya?" betul gak kata2 beliau.. dulu mmg x pernah puas dengan apa yang dpt, sekarang dpt C atau kredit pun dah mcm dapat A. hehehe.. harap2 sem 5 nie dapat memperbaiki result aku n naikkan PNGA aku.. InsyaAllah.


kepada rakan2ku, GOOD LUCK untuk exam ye.. wat yang terbaik dan mungkin lebih baik dr sem2 lepas.. dapatkan apa yang kamu target atau harapkan.. Isnin nie kita jumpa lagi... InsyaAllah...

Tuesday, November 16, 2010

Selamat Hari Raya Aidil Adha...

Assalamualaikum semua.. Alhamdulillah.. kita masih lagi dikurniakan nikmat dan hidayah daripada Allah untuk meraikan dan menyambut Hari Raya Aidil Adha pada tahun ini.. Semoga tahun ini Hari Raya Aidil Adha dapat disambut dengan suasana yang penuh kesyukuran dan kenikmatan.. biarlah di sambut dengan sederhana, tetapi sambutlah dengan hati yang ikhlas dan penuh keimanan.

  
1) Asal-Usul Aidiladha
Pada suatu hari Nabi Ibrahim bermimpi, dalam mimpinya itu Allah menyuruh Nabi Ibrahim menyembelih anaknya yang bernama Ismail. Selepas dari mendapat mimpi itu, Nabi Ibrahim pun memberitahu isterinya yang bernama Siti Hajar.

Maka berbincanglah Nabi Ibrahim, Siti Hajar dan Ismail. Siti Hajar berkata, “Mungkin mimpimu itu hanya mainan tidur saja tetapi kalau mimpi itu merupakan wahyu, wajiblah dituruti.” Apabila mendengar kata-kata ibunya, Ismail berkata kepada bapanya, “Ayahku, sekiranya ini merupakan wahyu dari Allah S.W.T., aku sedia merelakan diriku untuk disembelih.”

Setelah persetujuan dicapai, keesokan harinya Nabi Ibrahim pun membawa puteranya Ismail untuk disembelih. Perkara Nabi Ibrahim hendak menyembelih anaknya telah sampai kepada pengetahuan orang ramai. Hal ini membuat orang ramai takut sehingga ada yang mengatakan, “Nampaknya Nabi Ibrahim mungkin sudah gila hinggakan mahu menyembelih anaknya sendiri. Kalau kita biarkan perkara ini, nanti kitapun akan dibunuhnya.”

Walau apapun tuduhan orang terhadapnya, namun Nabi Ibrahim tetap menjalankan tugas yang diperintahkan oleh Allah S.W.T terhadapnya. Setelah Nabi Ibrahim dan anaknya Ismail sampai pada tempat yang dituju, berkatalah anaknya, “Wahai ayahku, aku fikir cara yang baik untuk menyembelih adalah dengan cara aku disembelih dalam keadaan menelungkup tapi mata ayah hendaklah ditutup. Kemudian ayah hendaklah tahu arah pedang yang tajam dan ayah kenakan tepat kepada leherku.”

Kemudian Nabi Ibrahim pun melaksanakan perintah yang Allah S.W.T perintahkan dalam mimpinya. Baginda pun mengucapkan kalimah atas nama Allah lalu memancungkan pedangnya pada leher anaknya itu. Maka terperciklah darah mengenai badan Nabi Ibrahim. Sebagai seorang manusia biasa, Nabi Ibrahim pun menggeletar dan membuka penutup matanya.

Tetapi alangkah terperanjatlah apabila melihat yang disembelihnya itu bukanlah anaknya melainkan seekor kibas. Dengan memuji kebesaran Allah S.W.T, kedua-duanya pun berpeluk-peluk sambil bersyukur kepada Tuhan kerana memberi kekuatan sehingga dapat melaksanakan amanat dari Allah S.W.T.

Peristiwa ini ada diterangkan dalan surah Ash-Shaffat ayat 101 hingga ayat 111
2) Pengenalan
Hari Raya Aidiladha (bahasa Arab: عيد الأضحى 'Eid Ul-Adha) atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun.

Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.

Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.

Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.

Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.
Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.
Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Pada pagi hari raya korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat akan diadakan pada sebelah pagi, biasanya agak awal sedikit Hari Raya Aidil Fitri.

Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.
Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.

Hari Raya Aidiladha disambut ketika umat Islam membuat penziarahan ke Mekah, mengunjung Kaabah dan melakukan korban sembelihan. Al-Quran tidak menyatakan, tetapi umat Islam memegang bahawa perayaan korban ini memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim untuk menyerahkan anaknya sebagai korban kepada Tuhan.

Selepas sembahyang, sekali lagi umat Islam akan berbondong-bondong melawati perkuburan orang yang disayangi. Semua orang akan memakai pakaian baru dan selepas itu yang muda akan memohon kemaafan daripada yang tua. Selepas itu semua orang akan menjamah pelbagai juadah yang disediakan sebelum ziarah dan menziarahi sesama mereka.

3) Hari Raya Aidiladha Dalam Hadis

Berdasarkan kepada hadis (terjemahan) yang diriwayatkan oleh Abu Daud daripada Anas r.a, yang bermaksud: "Rasulullah SAW datang ke Madinah, sedangkan mereka sedang sibuk bergembira selama dua hari. Maka Rasulullah SAW bertanya: Hari apakah yang dua hari ini? Mereka menjawab: Kami biasa bergembira selama dua hari pada zaman Jahiliah: Kemudian Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya Allah SWT telah menggantikannya dengan hari yang lebih baik daripada dua hari itu bagi kamu iaitu Aidilfitri dan Aidiladha." (Diriwayatkan Imam Abu Daud dan an-Nasai daripada Anas)

Berdasarkan kepada hadis (terjemahan) “Tiada amal anak Adam yang lebih disukai Allah pada hari Aidiladha melainkan ibadat korban. Sesungguhnya binatang yang dikorbankan itu akan datang pada hari kiamat lengkap dengan tanduk, bulu dan kukunya. Sesungguhnya ibadat korban ini diredhai Allah sebelum darah binatang itu jatuh ke bumi. Maka hendaklah kamu berasa lapang dada dan reda akan ibadat korban yang kamu lakukan.” (Hadis riwayat At-Tirmizi)

Berdasarkan sebuah hadis (terjemahan) yang telah diriwayatkan oleh Imam Tirmizi dan Al-Hakim yang bermaksud: "Tiada dibuat oleh anak Adam pada Hari Raya Adha akan sesuatu amal yang lebih disukai Allah daripada menumpahkan darah (menyembelih korban). Bahawa korban itu datang pada hari kiamat dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya. Sesungguhnya darah korban itu mengambil tempat yang mulia di sisi Allah sebelum darah itu tumpah ke bumi, maka hendaklah kamu buat korban itu dengan hati yang bersih."

Berdasarkan sebuah hadis (terjemahan) Ibnu Abbas dan Jabir bin Abdullah Al-Ansariy r.a:
Diriwayatkan daripada Ibnu Juraij katanya: Aku telah diberitahu oleh Ata' daripada Ibnu Abbas dan Jabir bin Abdullah Al-Ansariy r.a kedua-duanya berkata: Tidak ada azan bagi sembahyang Hari Raya Fitrah (Aidilfitri) dan sembahyang Hari Raya Korban (Aidiladha). Selepas beberapa ketika aku bertanya Ata' tentang perkara tersebut: Lantas dia menjawab dengan berkata: Aku telah diberitahu oleh Jabir bin Abdullah Al-Ansariy r.a bahawa: Tidak ada azan bagi sembahyang Hari Raya Fitrah (Aidilfitri), baik ketika imam keluar atau sesudahnya. Juga tiada iqamat atau apa-apa pun.

Sumber: Wikipedia & http://terbaru2010.com


Saturday, November 13, 2010

Nama Yang Diberi "Kawan"

setiap orang ade kawan.. setiap haiwan ada kawan.. setiap benda ada kawan.. contohnya.. Aminah berkawan dengan Alimah.. Kucing berkawan dengan Kucing & Sudu berkawan dengan garpu,, senang kata.. semua kat atas dunia nie ada kawan & paling indah bila berkawan DenganNya dalam hati kita.. Tapi, skrg aku nak fokus lebih kepada kawan yang kawan dengan orang lain.. Berkawan memang seronok.. memang indah.. bak kata orang "berkawan biar seribu". kawan kadang2 menjadi satu asas atau sumber dalam hidup kita.. dengan kata lain "keperluan". kenapa kawan dipanggil "keperluan"?

1) kawan membantu kita dalam kesusahan tidak kira dalam keadaan apa jua.. tapi ia bergantung juga kepada sesuatu keadaan.. Contohnya.. Bolehkah kawan membantu kita untuk berubah sedangkan hati kita x nak berubah?

2) kalau kat sekolah, kawanlah yang menjadi motivasi kita untuk ke sekolah.. Esok ko sekolah tak? kalau ko sekolah aku sekolah.. kan bagus kalau kawan jawab "ya, aku sekolah esok, jumpa esok ok?"..

3) kalau kat Universiti, kalau ada kawan lagi best.. kawan untuk study kat library.. kawan nak g beli belah dan nak g pasaraya.. kawan nak tgk wayang.. kawan nak g makan dan mcm2 dengan kawan..

4) bila nak cari jodoh/pakwe/makwe.. minta kawan kenalkan pada siapa2 yang lawa.. hensem.. bergaya dan sesuai dengan kita.. sebb itu ade jodoh pertemuan daripada hasil kawan kita kenalkan kat kita.. (tapi itu tentuan takdir juga)

5) bila kita sakit.. bukan sanak saudara yang datang.. kawan2 juga datang menziarahu kita.. kadang2 membawa buah tangan.. sekurangnya.. mereka ingat kat kita.. membantu kita cepat sembuh...

6) bila ada masalah.. kawan juga turut menjadi tempat mengadu... masalah awek.. masalah peribadi dan lain2 masalah.. kawan juga yang sanggup dengar.. dan kalau dapt kawan bantu juga..

itu antara kenapa kawan dikatakan "keperluan". senang kan kalau ada ramai kawan.. kawan yang memahami kita semestinya akan menjadi lebih rapat dengan kita.. dah boleh jadi abang atau adik kat kita.. tapi.. kadang2 kawan menyakitkan.. bukan menyakitkan apa.. menyakitkan hati kite jika die wat sesuatu yang boleh melukakan hati kita...

1) bila si kawan dah berjanji dengan kawan...
berjanji mmg senang.. bukan nak emo.. bukan nak marah.. tapi, kalau dah berjanji biarlah ditepati.. iyelah.. kalau terpaksa patahkan janji atas sebb tertentu boleh dimaafkan dan diketepikan.. tetapi, bila kawan dah janji dan janji itu dilupakan padahal x lama pun janji.. last2 lupa wat x tahu je.. sape x marah n kecil hati... tapi kawan x dpt wat apa2 n marah kat kawan sebb nak jaga hati kawan.. sampai bila tue???

2) bila kawan tikam kawan sendiri...
kawan tikam kawan itu perkara biasa tgk.. kat drama tv.. kat movie.. berlambak cerita mcm tue.. ada kawan yang sanggup bunuh kawan.. ada kawan yang sanggup fitnah kawan.. ada kawan yang sanggup rampas awek/pakwe kawan.. dan lagi teruk ada kawan yang rampas isteri kawan sendiri... itu lagi teruk dan tak patut dimaafkan...

3) bila kawan hanya pandai ambil kesempatan...
kalau bab ambil kesempatan memang no 1.. tak boleh tgk kawan senang atau bahagia.. ade je nak menyibuk.. jaga kain sendiri dahla.. x yah nak sibuk2 n ambil kesempatan.. pantang nampak tgk kawan rajin wat keje.. ade je yang ambil kesempatan nak menumpang... tolonglah...

4) kawan x hormat kawan...
kawan x hormat kawan bila depan kita pijak semut pun xmati.. kat belakang kita.. pijak gajah pun mati.. belakang kita duk mengata keburukan kita kat owang lain.. depan kita semua baik.. ish2.. ade jgk kawan mcm tue....

banyak lagi kalau nak senaraikan tapi itu yang ketara yang aku nampak dan alamai sendiri.. mmg seronok berkawan.. tapi, pilihlah kawan yang sesuai dan baik...

Sekali Sekali.... Bukan Mudah...

huhuhuhu.. sekali segala dapat berjumpa dengan saudara mara bukan mudah beb.. bila masing2 cuti baru dpt jumpa.. kalau dah jumpa macam2 la mula terlintas nak main ape. nak wat ape.. nak g mana.. semuanya nak wat.. huhuhu.. bukan apa.. seronok bila dapat kumpul ramai2.. x kisahlah x ramai mana mcm ahli mesyuarat sekali pn.. dah tue.. dah mcm dak kecil la main bukan2.. ish2... sekali sekali.. asalkan bahagia...

Wednesday, November 10, 2010

Di Mana Ada Kemahuan... Di Situ Ada Jalan..

Ish aku nie.. time2 nak study, sibuk nak berblog.. heheh.. xpe.. alang2 tgh boring nie.. nak jgk share something kepada semua.. iyela kan.. kita asyik je pikirkan tntg kita punya kehidupan.. nak makan apa.. nak minum apa.. nak masak apa.. nak pakai baju apa... nak tgk ape.. nak mcm2 lagi la... tapi, kite tak tahu bagaimana orang yang x dpt nak menikmati apa yang kite nak.. sebb x semua orang hidup senang.. nak sahaja terus dapat.. apatah lagi kalau orang byk duit.. mcm2 boleh beli..

Mak pernah berpesan kat aku.. kene belajar bersungguh2.. nanti dah besar.. semua nak kita dapat beli.. huhuhu.. kata2 tue selalu bermain kat kepala aku sampai skrg.. tapi, betul sgt 100X kate mak aku.. pasti kowang pun setuju jugak kan.. iyelah.. sekrg zaman makin maju dan barang makin mahal.. kalau sekarang katakanlah harga kipas angin RM40 sebiji.. nanti sapa tahu 20 tahun lagi harga kipas tue mencecah RM100.. huhuhu.. dunia makin moden beb.. kalau nak tgk pun dah boleh agak.. kalau dulu harga sepinggan mee goreng hanya 20 sen.. sekarang 20 sekeping kuih pun x dpt tau.. huhuh... faham2 jela.. dunia semakin berkembang dan maju...sebenarnya.. ade perkara yang aku nak share kat kowang semua.. harap boleh jadi teladan dan ikhtibar...

1) orang kata restu mak n ayah penting kalau nak hidup susah.. mmg betul.. tanpa mereka sapelah kite.. kalau kite derhaka kat mereka.. hidup kita xkan selamat.. kalau dah berumah tangga lagila.. kalau tanpa restu mak dan ayah bila nak kahwin.. xkan kemana ikatan tue.. aku nak share satu cite.. benda tue terbukti.. kalau kite selalu wat sakitkan hati mak ayah kita.. kita akan hidup susah.. sekali kita wat mcm tue kat mak ayah kita.. hidup kite susah n tak kemana.. sekali mak ayah dan sumpah kite, sumpah itu membuatkan kite menderita.. contohnya, bila mulut mak dah kata "hidup ko xkan selamat", mmg x selamatlah hidup kita.. Haish!! mmg betul Syurga di bawah tapak kaki ibu.. nak berkat hidup, hormatilah mereka keduanya...

2) aku tertarik dengan satu cerita.. "pakai gincu hanya menggunakan sirap".. wah.. hebatkan? tapi, itulah realitinya.. orang susah sanggup beb nak wat apa sahaja asalkan owang x nampak apa yang die pakai n buat.. mmg sedih n pelik bila owang pakai gincu hanya guna "ira sirap" sahaja.. kesian aku dgr dr mulut orang..kite dgr pun boleh tahu betapa susahnya hidup orang tue.. nak beligincu pun x de duit.. janji nampak merah kat bibir jadilah.. bayangkan kalo anak orang kaya cuba pakai mcm tue.. heheh.. tapi, pengajaran kat sini, ade owag yang lebih susah dari kita..

3) dalam rumah anak beranak bekerja.. tetapi duit selalu x cukup.. pelikkan.. mana pergi duit mereka.. bukan1 orang yang keje, 3 hingga 4 orang dalam rumah bekerja.. tapi, ade je yang x cukup.. nak beli nie xde duit. nak bayar nie pun xde duit.. nak makan KFC pun xde duit.. pelik tapi benar.. kemana pergi duit2 mereka.. kalau masing2 cuba berkongsi duit maybe xde masalah.. yang bekerja ramai, tapi still x cukup.. haish!! pelik tapi Allah sahaja yang tahu...

4) bila tgk orang lain lebih, kite pun mesti nak lebih dari owang tue.. dan bila tgk orang lain lebih, mulalah timbul perasaan dengki sesama sendiri.. dunia2... mmg ade segelintir masyarakat begini.. ade je yang tak puas hati atas kelebihan owang lain.. bersyukurlah apa yang kita dapat dan kita ada.. x usahlah nak bercemburu dan berhasad dengki dengan orang lain.. bukan nak mengata, tapi x manis kalau perbuatan begitu.. xde kemana nya perasaan mcm tue.. tak baik kite berdengki2 sesama sendiri.. bila tgk orang lebih je mulula bawa mulut n wat benda tu mcm isu terbesar negara.. kita ada minda, kita boleh pikir mana yang elok dan mana yang x elok...

5) lagi satu... cemburu x tentu pasal.. bab couple2 nie lagi hebat.. kekasih cemburu x tentu pasal.. sampai sanggup pukul, bunuh, bakar dan tikam kekasih.. mcm2 dunia skrg... kenapa nak cemburu x tentu pasal.. xde hasilnya.. paling penting wat usul periksa dahulu.. jgn dgr ckp orang... lagi satu, dengan kawan pun nak cembur.. contoh, awek kawan kita msj kita dan kawan kita dpt tahu yang awek die msj ngan kita.. padahal dia tahu yang kita ade hubungan saudara mara.. xke pelik cemburu tue.. cemburu x bertempat.. & satu lagi kite mesej ngan awek die padahal awek die tue adik angkat kita atau kawan kite.. perluke cemburu.. kite dah ade yang punya, xkan nak kebas awek die pula.. tolonglah jgn berfikiran kolot mcm tue..

6) menjadi promoter mmg x mudah beb.. nak kena tahan orang ramai tgh lalu lalang kat pasarya, kedai n mana2 lagi la.. bila kita nampak promote rpanggil kita, kita akan wat tak tahu je.. kita akan kata "xpe cik.. saya xnak" & "tepi2".. kata2 itu mmg akan selalu kita dgr.. aku pun pernah dgr... sebenarnya mmg semua orang ada hak masing2 untuk mendengar, membeli dan membuat pilihan.. tapi, janganlah menggunakan bahasa yang kurang elok kepada mereka (promoter).. mereka menjalankan tugas mereka.. mereka gaji dan makan gaji juga.. jgnlah buat mereka mcm tue... cuba fikir 1) bayangkan promoter tue anak kita dan bila anak kita tahan pelanggan dan pelanggan tue marah anak kita camne perasaan anda?  2) bayangkan kita dalam situasi promoter tersebut... bayangkanlah???? apa yang kita akan rasa sama seperti yang promoter itu akan rasa.. at least bila mereka menahan kita kita spend masa kita dalam seminit atau 2 minit.. Fikirkanlah.. bukan nak kata aku baik sgt, tapi itulah realiti...


***** perkara di atas semua tiada kene mengena yang hidup mahupun yang telah tiada.. semua perkara diatas berdasarkan pengalaman dan bahan bacaan aku di majalah, internet dan lain2... ianya sebagai satu pekongsian ilmu... harap ia jadi satu ilmu dan ikhtibar kepada kita.. InsyaAllah..****

Tuesday, November 9, 2010

Selamat Bertunang...

5 Novermber 2010 merupakan hari yang meriah di rumah nenekku dimana akak saudara aku bertunang... ramai sedara mara datang dan hadir memeriahkan suasana pada petang Jumaat tersebut... masing2 mencari juadah yang enah.. Nasi hujan panas, sayur nenas, ayam masak merah, kormak daging serta kuih muih dan buah buahan menjadi santapan kami.. wah sedapnya... huhuhu...

pada petangnya, pihak lelaki datang membawa hajat dan akhirnya majlis berlangsung dengan jayanya.. Alhamdulillah. cuaca pada hari itu amat baik dan tidak hujan.. InsyaAllah mereka akan diijab kabulkan pada bulan empat nanti (5 bulan dari sekarang)....Semoga ikatan mereka terjalin sampai ke anak cucu.

 
-Hantaran : 9 berbalas 11-

 -Khairunnisa (Akak Saudara) & Isa-


Monday, November 8, 2010

Tips2 Untuk Exam.. (Sharing in Caring)


SEBELUM EXAM
1) Kena tidur awal...
Yeke kalau nak exam kene tido awal.. kalau kite x abis study lg camne? kalau kite x prepare ape2 lagi camne? cuak la... jgn risau tidur awal adalah perkara yang sepatutnye diamalkan tidak kiralah x exam atau masa nak exam.. tidur secukupnya amat perlu bagi menjaga otak n minda kita.. biar ia berehat.. jgn push2 sgt.. biarlah kita hanya wat sedikit persediaan. namun ianya memadai sebb atleast kita dah pun membaca sedikit.. mmg x patut. tp, atleast kita tahu certain perkara.


-jgn tidur mcm nie-

2) Peralatan masa nak exam...
Pastikan bawa semua peralatan menulis dan memadam spt pen, pensel, pembaris, pemadam pen n lain2.. bukan ape.. nanti masa exam x perlulah nak minta n pinjam2 orang.. cuba bayangkan kalau kita asyik nak pinjam peralatan kawan masa exam.. xke susah tue nak spend masa. takkan nak kacau kawa tgh exam... menyusahkan orang.. mmg amalan mulia membantu owang tp.. x semua situasi perlu begitu... kesian kat kwan2 yg tgh menulis.. silap2 masa kite tgh nak pinjam brg.. semua idea kwan kite hilang.. dah jd gaduh nanti.. hehehe...
-pen, pensel, pembaris, pemadam, pengasah pensel,
liquid paper & lain2-

3) Restu itu penting...
kena minta restu dengan cikgu2.. itu lebih penting.. minta halalkan ilmu yang mereka ajar n beri.. minta maaf sekiranya ade wat salah masa ckg menegur n marah.. mmg remeh temeh. tapi, itulah yg lebih berkat.. kata owang "ambil berkat untuk exam". ilmu itu mmg perlu diberkati supaya kita dapat gunakan masa exam dengan mudah..
-pentingnya restu-

4) Study group
study group penting lebih2 lagi untuk mata pelajaran yang memerlukan teori atau pengiraan yang rumit.. study group juga penting dalam menyelesaikan sesuatu masalah.. bila study group, kite akan dapat berkongsi ilmu dan penyelesaian yang mudah.. lebih ramai lebih baik.. tetapi, study group akan tenggelam jika masing2 dah mula bincang perkara lain spt berbual2 dan sbgnya... study group mmg terbaik dan ia patut digunakan.. sekiranya ada masalah, kita ada tempat rujukan untk bertnya.. InsyaAllah yang pakar akan membantu...

-study group perlu diamalkan sejak sekolah lagi-

SEMASA EXAM..
1) Mulakan dengan Bismillah...
sebelum exam nak mula.. jgn gopoh n tension2.. bila dah dpt kertas soalan.. jgn sibuk2 nak terus buka tgk soalan apa kat dalam ketas tue.. nahas jawabnya.. bukan apa.. kite kene bertenang dan yg penting bace doa apa yg patut.. dan masa nak buka kertas soalan tue.. mulakan dengan Bismillah.. supaya kita tenang dan sedia melihat soalan apa yang ditanya nanti...

2) Mulakan dengan soalan yang mudah...
setelah melihat semua soalan.. nilai dahulu soalan mana yang mudha untuk dijawab dahulu.. yang susah untuk cari isi ketepikan dahulu (bukan tidak dijawab langsung).. sekiranya kita mulakan yg mudah dahulu.. ia dpt menjimatkan masa untuk menjawab soklan lain.. jgn mulakan yang sukar dahulu. ia akan membazir masa... sekiranya semua soklan susah untuk dijawab.. tenang n fikirkan jawapan yang anda yakin... baca soklan yang susah itu berkali2 sehingga anda faham kehendak soalan.. jgn suka tinggalkan soklan.. anda kene cuba bagi jawapan untuk soklan itu.. ini kerana anda akan rugi dan kehilangan markah secara percuma... atleast. anda cuba menjawab... jgn takut untuk wat salah..


3) Meniru amalan yang kurang baik...
ini yang paling penting!!!!!!!! JANGAN MENIRU!!!!!
Masih ingat lagi masa aku di sekolah dulu.. amalan tiru meniru menjadi rutin kami.. hahaha.. tapi, itu dulula.. sekarang x lagi... tak kiralah ujian bulan, pop kuiz dan apa2 ujian pun, tabiat meniru menjadi no 1.. tapi, skrg kat unviverisit.. mnta maafla kalau nak share2 n tiru jawapn.. huhu.. bukan ape.. xkan dpt n susah nak tiru. dulu exam x berapa ketat sgt. (bagi aku lah).. sekrg ambil ko.. nak tiru pun kene sorok2.. sebb kalau tertangkap.. mati beb.. kene extent beberapa semester.. bila nak konvo tue? heheeh

-Meniru amalan yang MERUGIKAN-

4) Jangan cuba tidur masa exam...
Masa exam bukan untuk tidur, tetapi untuk menjawab soklan.. mmg perkara ini sudah menjadi tabiat sebenarnya.. maklumlah.. bila dah xde idea nak jawab ape.. mulalah.. mendongak kepala, menggaru kepala dan main2 pen.. huhuhu.. paling best, tidur.. kononnya nak cari ilham... huhuhu.. tpi yang penting jangan tidur masa dalam dewan peperiksaan.. mengundang masalah sebenanrya.. bila2 lagi kite terlajak tidur.. lebih baik luangkan masa dengan menyemak semula jawapan yang kita wat dan cuba tambah isi (masa jawap soalan esei).. cuba elakkan untuk tidur jika kita buntu untuk selesaikan suatu masalah..

-perlu dielakkan-

"SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN & SELAMAT BERJAYA"

Peperiksaan Akhir Semester 1 Sesi 2010 / 2011

aku diberi 3 minggu untuk membuat persiapan menjelang peperiksaan nanti.. bagaimana ya aku nak start ulangkaji.. nak ambil bab mana yang paling simple.. hmm.. delima mula membelenggu diri aku.. tapi takpe.. mulakan pelahan2 dan dengan bismillah.. amin..

kali nie, lain sedikit sebb aku spend mase 3 minggu aku di rumah.. kene study kat umah je.. huhuhu... pelik tapi benar.. orang kate study kat umah byk dugaan.. yeke? bagi aku study mana2 same je dugaannya.. huhuhu.. tapi xpe.. dah lama x ulangkaji kat umah semenjak form 5 dulu.. mase aku nak SPM ok je aku kat umah study.. kat sekolah pun lepas kelas pada jam 1.. aku dan kawan2 duk n lepak kat library.. seronok sebenarnya study group.. leh share masalah n wat perbincangan.. mmg terbaik!!!


so, masa yang ade lgi nie sebelum exam.. baik guna betul2 untuk ulangkaji...

Sunday, November 7, 2010

Broga.. Terbaekkkk!!!!

Alhamdulillah… Semuanya selamat.. 
-Aku & Broga-

Pendakian yang amat bermakna dalam hidup aku.. x pernah panjat bukit 1.7km.. penat n teramat penat.. aku tak dapat bayangkan betapa penatnya aku bila dah sampai atas Bukit Broga… tengok kawan2 yang lain, aku pelik mereka x penat ke? Mana x nye… mereka dapat panjat lagi jauh dari aku.. aku x larat dah nak panjat.. at least ada kat atas bukit dalam anggaran 1.5km pun dh cukup bg aku mengharungi bukit bukau, lalang2, pokok2 hutan n lain2…

-BaCC 2008/2009-

-Aku & Rakan - Rakan-

Kami bertolak jam 5 pagi dari kolej… setibanya di semenyih kami solat subuh terlebih dahulu sebelum ke destinasi yang seterusnya… kira2 jam 6.20 pagi kami tiba di jalan masuk Broga.. macam2 bekalan yang dibawa spt sandwish, coklat, biskut n air mineral… mula2 aku tgk nak panjat bukit Broga pukul 6.30pagi agak luar biase bagi aku kerana kebiasaanya aku tgh tido kat bilik time tue.. huhu.. tapi, semangat punya pasal.. apa lagi tak kisahlah kul berapa pun… dengan kawan2 yang ada (lebih kurang 42 orang) cukup menyeronokkan kepadaku.
-Aku tiada sebb aku tak larat nak daki sampai sini-

Berbekalkan lampu suluh n ada juga yang menggunakan lampu handphone, ia membantu perjalanan kami… rupanya ramai lagi pengunjung di situ yang mempunyai tujuan yang sama…
-Aina, Aku, Aishah & Yani-

Setibanya di tempat yang ditujui.. jam lebih kurang 7.30 pagi.. masing2 dah mula berposing ambil gambar.. ish budak2 nie. X penat ke.. aku time tue mmg dah tak larat.. kalau boleh nak pengsan dah.. mana xnye.. ade time kat sti bukit yang agak curam untuk didaki untuk sampai kat puncak Broga tue… dah la aku ni agak gayat.. tapi nak taknak kene daki gak.. xkan nak tinggal sowang2 kat bawah.. huuhuhu… namun, usaha perlu ada.. aku berjaya naik bukit itu.. huhu.. kami turun dari bukit Broga lebih kurang jam 10.00 pagi.
Nak naik senang, tapi nak turun susah la pulak.. mana xnye.. masing2 kaki dah lenguh n penat.. tapi, nak x nak, kene turun jgk.. nak tinggal sowang2 kat atas tue.. mmg xde maknanya… huhuhu.. lebih kurang jam 10.35 pagi kami tibe di bawah..

Wet World, Shah Alam..
Selepas kami di Broga, kami plan ke Shah Alam.. wah, nak pergi Wet World… lama x g mandi manda.. lagi best bila dengan rakan2.. nak hilangkan penat n bersantai n nak enjoy lg, Wet World jd mangsa yang seterusnya.. huhuhu… tapi, daripada 10 kereta yang pergi Broga, hanya 5 kereta sahaja yang pergi sini... yang len pulang awal kerana ade komitmen yg lain..

Kalau nak diikutkan mmg kurang berbaloi kami ke sana sebb dengan RM10, kami hanya dapat bermandi - manda tanpa berpeluang menaiki gelongsor terpanjang di situ.. ini kerana gelongsor itu hanya buka pada hari minggu sahaja.. haish!!!! namun, ade gelongsor lain yang kami boleh naik.. jadilah... janji merasa.. huhuhu
-Sempat bermandi - manda-

-yang warna biru (gelongsor terpanjang) kami x dpt naik...
-yang belang hijau merah-kami dapat naik-

tapi, walaubagaimanapun, semua berpuas hati kerana masing2 enjoy.... bak kata orang biar berpada2,, asalkan kite seronok dan terhibur sudah. hahaha...

-Terbukti mereka seronok~~~~hahahaha..

Mmg pengalaman yang indah yang aku dapat dalam hidup… kerana..
1) bukan senang kami ramai2 nak kumpul n keluar same2.. hilangkan tension sebelum exam, hilangkan rasa boring dan enjoy2..
2) dapat bersama2 dengan rakan mmg sat perkara yang amat menyeronokkan. Gelak tawa n gurau senda ramai2.. memg memeriahkan suasana..
3) nak panjat bukit Broga bukannya mudah.. kene pakai byk tenaga n emosi.. kalau x aku pasti x sampai kat atas tue..
4) dapat tgk matahari terbit..kalau biase, xkan dpt sebb mase tue aku tido.. lama x tgk matahari terbit.. jarak dekat pulak tue.. heheh
5) tapi, yang paling penting, kami wat ekspedisi yang paling berjaya n bermakna dalam hidup.. BaCC 2008/2009 memang terbaik n terhebat…
6) Bermandi manda dan bersuka ria mmg seronok.. sebelum nak exam nie...

so, harap dapat bergathering mcm nie lagi di lain masa... InsyaAllah...