Monday, December 13, 2010

Kem JIK 2010.. Enjoy!!!

Sepanjang 10 hingga 12 disember. semua barisan jtk/jik telah pergi ke kursus jik di nilai, seremban.. alhamdulillah semuanya berjalan lancar seperti yang dirancang.. seramai 17 orang telah menyertai kem yang menyeronokkan itu.. bak kata pepatah. kalau dah ade rezeki..jangan ditolak.. huhuhu.. kalau nak dikira.. dah masuk kali ke 6 aku pergi kem sepanjang tahun 2010 termasuk kem PM (Pembantu Mahasiswa) huhuhu.. apa2 pun kem2 nie yang aku lalui semua amat menyeronokkan dan menghiburkan..



kami bertolak dari kolej 9 pada jam 3.15 petang dengan menaiki 2 van kolej.. dalam pukul 4.20 petang kami tiba di Nilai Springs Resort.. tempat yang indah dengan landskap dan hiasan membuatkan kem kami bertambah seri.. huhuhu.. lagi hebat bila sejak dari kolej lagi semua dah sibuk duk bergambar2 dan berposing tak tentu hala.. hahahaha.. ala.. sesekali xpekan.. janji enjoy..


 decoration Christmas di Nilai Springs Resort

 selepas tiba.. kami berkumpul di ruang lobi untuk penbahagian bilik dan check in.. dan lebih menggembirakan semua diberi masa untuk rehat dalam bilik sebelum makan malam dan melalui aktiviti yang telah dirancang oleh pentadbiran.. setibanya dibilik.. ape lagi katil menjadi sasaran utama untuk rebahkan diri yang memang penat n lemah.. hehehehe... kemudian pukul 7.30 kami makan malam di resort tue.. sememangnya itu yang diidamkan sebb makanan yang pelbaga jenis bermula dengan pembuka selera hinggalah pencuci mulut.. mmang semuanya mantap la kata owang.. masih ingat kat kem PM di PD dan Pangkor.. perkara yang sama berlaku.. semua jadi tak tentu hala tengok makanan.. masing2 kenyang.. huhuhu..

Aku dan Nilai Springs Resort

3 hari 2 malam kat kem tersebut memberi banyak pengalaman, pengertian dan ilmu yang kami dapat bermulalah dari modul 1 hingga modul 6.. setiap modul diberi pengisian yang sesuai dan berguna kepada kami dalam mengetahui selok belok jtk/jik, pentadbiran kolej dan lain2.. bermula dengan ice breaking hinggalah ke penutup dan rumusan.. lebih seronok bila kami diberi tugasan kumpulan dalam untuk membuat 1 persembahan selama 8 minit.. kami dibahagikan kepada 3 kumpulan dan setiap kumpulan bebas membuat persembahan masing2..


 
sebelum bertolak ke Nilai
 
dah sampai dah kat Nilai

 
sempat berposing depan cermin resort (macam - macam ragam)

menunggu makan malam yang agak lewat.. masing2 dah lapar.
tapi sempat bergambar

ini lagi hebat.. kembali ke zaman kanak - kanak rebina

Aku, Wafi & Buaian terseksa..

MENIKMATI AKTIVITI YANG DIJALANKAN

semasa ice breaking

 persembahan kumpulan

huhuhu.. masing2 ade bakat terpendam

goyang.. jangan x goyang

hahaha.. zapin yang tak jadi zapin

1...2...3...

belajar dari pengalaman...

jom dansa...


AKTIVITI IKUT KUMPULAN

 KUMPULAN 1

KUMPULAN 2



KUMPULAN 3

masing2 dapat hadiah yang ditaja oleh master sendiri. huhu.. tq kepada master n barisan penyelia kerana menyediakan kem yang beri input yang banyak kepada kami semua.. pengalaman manis yang mmg x dapat dilupakan sampai bila - bila.. semoga ikatan ini terjalin selamanya...

p/s:  kalau nak diikutkan banyak lagi gambar semasa kem nak letak.. tapi nanti akan ku uploadkan.. InsyaAllah.. nak kene ambil dari semua rakan2 yang bawa kamera masa kem tue.. hehehe

Kelakar.. Tapi Kesian Pun Ada..

huhuhu.. mmg kelakar wei.. (bagi akula) sebb aku da cite nak kongsi ngan kowang semasa aku balik kmpung lepas exam hari tue... nak katekan pelik.. x pelik jugak.. tapi.. mungkin nasib x baik kot.. hehehe

mase tue aku balik ke kampung nek train dalam jam 10.00 pagi.. patutnya kul 9 train sepatutnya bertolak.. tapi malangnya delay 1 jam sebb ade serombongan ke Pulau Langkawi ada family day.. wat hal tul. tapi xpe.. teruskan bercerita.. aku nak train seperti biase walaupun hati panas.. selalu je train lambat.. then.. tibe je kat Stesen Seremban.. owang ramai berpusu - pusu keluar masuk train.. mase tue aku tersedar dari tidur.. x sangka dah tiba Seremban dah.. then ade la sowang mamat nie tak tahu la owang mana bertanya kat Tuan nie (Tuan ni owang yang jaga train dan cek penumpang di setiap stesen)... mamat nie tanyelah.. "ini train ke KL Sentral ke".. then Tuan tue jawab "bukan, ini train menuju ke Singapura.. kamu salah nek train nie".. kemudian mamat nie tunjuklah tiket train yang di beli tue.. rupanya itu tiket komuter.. mmg betulla die beli tiket nak g KL Sentral tapi die salah train.. then.. bila train kami bertolak dari Seremban.. mamat tue masih ade dalam train tue terpinga - pinga mencari arah.. huhu. then die pun duduk kat kerusi hadapan yang kebetulan kosong.. kerusi tue dekat je ngan aku..

dalam 10 minit kemudian.. Tuan nie datang la ke koc aku dan cek tiket penumpang yang baru nek train dan Tuan nie terkejut yang mamat nie ade lagi dalam train nie.. hahahaha.. Tuan nie pun marah la mamat nie kenapa x turun tadi kalau dah dapat tahu dia dah salah train.. huhuhu.. mamat tue jawab "salah lupa nak turun dan saya tengok semua train dah gerak, jadi saya ingat ini train ke KL Sentarl".. Tuan tue pun nak katakan marah x juga tapi maybe dalam hati dia tergelak kot.. Tuan tue minta mamat tue turun di Stesen Tampin dalam masa 1 jam lagi dan mamat tue pun dengan terpinga - pinga dan tersengeh - sengeh cuba cover malu.. nampak beb reaksi muka die lepas Tuan tue kate die salah train dan kene turun kat Stesen Tampin.. huhuhu.. memang terbaiklah..

so, pengajarannya.. tengok dulu tiket train, tengok dulu warna train dan kalau mmg betul2 x tahu.. jangan malu nak tanya owang (maybe owang tue first time kot merasa naik train, sebb tue begitu teruja).. heheheh