Thursday, December 30, 2010

Tahniah Malaysia

Huhuhu.. hooray!!!! Hooray!!! hooray!! Tahniah kepada negaraku yang tercinta Malaysia kerana berjaya merangkul johan keseluruhan dalam Piala AFF Suzuki... huhuhu.. mmg x dinafikan kemenangan di Malaysia iaitu 3 - 0 memg memberi sinaran harapan dan cahaya untuk negara untuk memenangi Piala itu.. biarpun hanya berjaya menambah 1 gol di Indonesia.. ternyata mmg hebat... mesti warga Malaysia juga seronok kerana dapat cuti umum.. hahahaha.. pape2 jela.. by the way.. tahniah sekali lgi walaupun realitinya aku nie xdelah minat bola sgt.. heheh.. tp sokongan tetap diberikan...

Wednesday, December 29, 2010

Alhamdulillah..

huhu.. akhirnya result sem 5 dah kuar secara rasmi di umisisweb atau di web.. mmg cuak n resah bile memikirkan apa yang aku dapat kalau nak dibandingkan di fakulti yang tertampal di notis board.. aduh.. dah la sem nie result n gred yang aku dapat tah apa2.. sabar jela.. hehehe

alhamdulillah aku dpt result atas 3 sebb advance fm naik ke gred b+.. mmg x jangka sebb ingatkan x dpt cek balik kertas exam sebb ramai x puas hati.. tp alhamdulillah atas sebb resultnya nek ke b+.. so pointer aku lepas 3 sem nie.. mmg x sangka result dapat cmtue sebb mcm confident je jawab exam.. huhuhuh.. tp xpela.. sem depan kene usaha lebih untuk maintainkan 3 pointer.. insyaAllah..

Friday, December 24, 2010

Perlukah Bersedih Atau Redha..

hmm... mmg tak tahu nak bersedih atau redha jela.. tentang apa? perkara apa? hmm.. dah x syak lagi.. apa lagi pasal result sem 5 aku la.. ish2.. kalau nak diikutkan mmg sedih n malas nak pikir balik pasal result yang tah apa2 aku dpt di sem 5 tue.. kalau nak redha boleh ja.. mmg patut aku dpt yang tue.. hehehe.. tp kalau nak dipikirkan semula.. mmg x patut aku dpt result cmtue.. sebb mcm confident je mase exam hari tue terutamanya advance fm, psikologi kanak2 n tax.. harapkan dapat gred yang baik.. tp ketiga2 nya x dpt membantu.. tp redha jgk sebb dapat B n B+ dalam subjek tue.. mmg nak target A- dan A kalau boleh.. tp kalau itu yang akau dpt untuk tax, B.. advance FM B dan psikologi kanak2 B+. redha jela.. kalau nak sedih pun nak watpe.. itu yang aku mampu dapatkan.. so.. kene terima jela.. dan patutnye aku kene bersyukur sgt sebb dapat gred atau B..

kalau nak dibandingkan dengan pointer sem2 lepas.. ponter sem 5 adalah ketiga terteruk aku pernah dpt kalau nak dibandingkan dengan sem 1 dan 3.. tapi walaupun hanya dpt 2.98. (x rasmi) tapi bagi aku kira okla jugak atleast cikit lgi nak dekat 3.. tp harapannya kat advance fm yang aku dan kawan2 minta cek semula.. kalau disemak semula aku dpt atleast B+.. alhamdulillah nek ke 3 la pointer aku.. tp dptke nak upkan gred advance fm.. kalau betul lecterur tue tanda ikut jawapan kastoori.. maknya itulah gred yang akan aku dapat dan kekal dalam pointer aku.. haish!!! walaubagaimanapun.. nasib baik pngk aku x jatuh sgt.. masih diatas 3.0.. sebb tulah ramai owang kata kalau nak maintain pointer mmg susah kalau nak jatuhkan pointer senang je beb dengan dpt 2 C.. huhuhuhu.. so far.. aku lega sebb gred yang akau dapat paling rendah sepanjang 5 sem nie ialah C+ dan ada la 4 subjek yang dapat A.. rezeki namanya.. hehehe.. tp, pernah repeat paper mase sem 2 iaitu perakaunan 1 mmg beri byk dorongan dan semangat kat aku sepnjang aku di UM dan alhamdulillah aku berjaya cover balik semu subjek.. Alhamdulillah..

so, skrg tunggu result rasmi.. apa yang keluar kat Umisisweb aku terima dan redha.. mmg sedih tp itu yang aku mampu capai dan peroleh daripada usaha aku sepanjang sem 5 lepas.. harapnya sem 6 nanti mampu naik balik pointer aku sebb kalau ikut pengalaman.. bile sem busy dengan feseni, pointer aku akan nek dengan baik.. hahaha.. ye je kn.. tapi itu yang aku rase.. dan mmg terbukti pade sem 2 ngan sem 4.. semoga aku dapat wat yang terbaik di sem 6 nanti.. InsyaAllah..

Tamat Sudah...

Alhamdulillah..
setelah 2 minggu menjalani latihan dan kem Feseni.. akhirnya tamat sudah sesi latihan untuk 2 minggu itu... pelbagai aktiviti dan permainan yang telah dibelajar dan dilalui dan lebih menariknya, masing2 begitu seronok menjalani latihan walaupun ada kalanya latihan sampai jam 4 pagi. huhuhu.. mmg terbaiklah.. tapi, apa2 pun latihan tetap akan diteruskan bila mulanya semester baru dan tahun baru bagi menghadapai pertandingan yang dijangka berlangsung tidak lama lagi.. hanya berserah dan tawakal sahaja.. namun betul kate abang fizee.. jgn risau dengan masa kerana walaupun masa mencemburui kita.. percayalah kite mampu buat yang terbaik dan bersungguh2.. usaha tangga kejayaan.. siapa yang xnak menang kan.. tapi, yang penting.. kite cuba wat yang terbaik dan yakin..

2 minggu kem memang meninggalkan kesan yang baik dan buruk sepanjang kem berlansung.. bermulanya hari isnin hinggalah minggu ini iaitu khamis malam.. mmg x diduga dah byk benda kami dah wat n berlatih termsuklah puisi dan teater.. byk babak yang telah dilicinkan dan dibuat dan manakala yang selebihnya akan dijalankan dan disiapkan pada masa nanti iaitu naik cuti semester.. lebih best bile diberi peluang untuk menonton teater di ASWARA iaitu teater "Janda Setinggan" dan "Tun Teja Ratna Menggala".. melalui itu, aku dapat belajar banyak teknik dari segi suara, penghayatan, teknik lakonan pentas dan sebagainya.. mmg tabik kat dak2 ASWARA kerana membuat dan menyampaikan persembahan yang penuh bermakna dan penghayatan.. ada babak2 yang sentiasa kami ingat dan takkan lupa.. itu kerana setiap perjalanan babak berjaya dilakonkan dengan baik dan kemas..

selain itu juga, berpeluang juga menyihatkan tubuh badan bersama ahli pasukan kerana aktiviti riadah mampu membuatkan aku berpeluang untuk bersenam dan bersukan kerana mmg susah nak cari masa untuk meluangkan diri dengan melakukan aktiviti sukan mahupun riadah kerana kesuntukan masa.. bahkan bila time kuliah mmg rasa diri ni malas nak bersukan dan beriadah.. apatah lagi nak ke gim.. hahahaha... tapi, melalui kem inilah sebenarnya membuatkan aku berpeluang beriadah tak kira waktu pagi atau petang.. susah senang nak beriadah pagi terasa bila susah nak bangun tidur dan pada waktu petang, hari selalu ujan kerana dah mmg musim die skrg nie.. so, susah nak beriadah dan bersukan bile byk kekangan yang dtg.. tapi, Alhamdulillah.. sempat juga 4 dan 5 hari aku berpeluang beriadah.. jadilah...

malam semalam (23hb) merupakan malam terakhir kem latihan untuk festival seni dan festival teater.. masing2 dah penat dan mengantok sebb kami tamat latihan jam 4 pagi.. abang fizee sempat memberi nasihat dan ingatan kepada kami supaya bersiap sedia untuk pertandingan dan menambahkan lagi fokus dan tenaga serta komitmen.. selain itu, abang fizee juga berpesan kepada setiap owang bahawa setiap owang ada kelebihan dan kelemahan masing2.. jangan jadikan kelemahan itu satu halangan.. dan aku akan ingat pesan abang fizee kat aku supaya sentiasa warm-upkan badan supaya badan dan otot2 aku sentiasa bergerak dan ia mampu menghilangkan gagap aku.. mungkin betul kata abang fizee.. bila aku x byk riadah dan bersukan.. otot2 dalaman aku x bergerak dengan baik dan berfungsi dengan sepenuhnya.. baiklah abang fizee.. saya cubaa..

Thursday, December 23, 2010

Aduhai Teater Fizikal..

huhuhu.. kali nie untuk festival teater UM yang akan berlangsung pada 13 hingga 17 januari membawa kelainan dari segi pementasan dan konsep teater yang akann di bawa oleh kami sebagai wakil kepada KK9.. mana x nya.. hampir 2 tahun kami membawa teater berkonsepkan realiti dan kehidupan sebenar.. kali nie.. dibawah arahan abg fizee, salah seorang pelajar ASWARA diberi tanggungjawab untuk mengarah kami dan menghasilkan teater yang berkonsepkan fizikal dan exprimental.. wah.. benda alah ape tue kan.. hehehe. pada mulanya aku sendiri pun kurang pasti n x faham konsep sebenar yang hendak dan perlu dibawah.. tp bile dan selepas menonton teater kak sherry "Janda Setinggan".. barulah sedikit faham konsepnya.. hehehehe.. faham mmg faham.. tp keseksaannya bakal dialami.. hahahaha...#

nama pun teater fizikal.. so kene byk bermain n menggunakan fizikal.. ambil ko.. mmg seksa beb kalau nak latihan sebb apa.. bile warm-up kene wt warm-up yang teramat dasyat dan x pernah aku wat sepanjang join teater kat KK9 selama 2 tahun.. mmg menguji katahan fizikal dan mentallah.. hehehehe.. mmg krem kaki n tangan sampai nak tercabut kot.. hehehe.. mmg terbaikla untuk badan dan anggota kite terutamanya bile warm-up tue. perut mula sakit2.. heheh.. siyes.. sorry abg fizee.. heheheh.

mula2 mmg agak sakit gakla semua badan2.. nak tido pun seksa kot kadang2.. dan bile bangun je tido mmg x dpt nak katala.. mmg rase sakit2nya.. hehehe.. tp xpe.. semua itu kejapje.. x lama pun kesannya.. skrg makin ok.. cuma tangan kanan je yang masih sakit2.. muscle je yang belum elok lenguh n sakitnya.. sabar jela.. hehehehe... hope aku dapat bertahan sehingga sampainye hari pertandingan itu.. semoga dapat wat terbaik dan berjalan lancar.. Amin..

Kitab Cinta Yusuf & Zulaikha..

time2 cuti nie aku mmg suka menghabiskan masa dengan kem terutamanya kalau cuti mase sem 1.. sebb aku n ahli2 ku akan terlibat dalam kem FESENI sebagai persiapan untuk pertandingan yang dengar khabarnya jatuh pada bulan 2.. hasih!! tak pasal2 cuak dtg.. hahaha...

then.. aku x selalu ade latihan sebb abg fizee ade komitmen lain.. kalau die free barula die dpt dtg melatih kami.. tp sejak2 dah nak dah abis kem.. die makin busy n susah nak hadir.. sedangkan karnival teater lagi 3 minggu lagi kot.. bertambah haish!!.. tp xpela.. insyaAllah.. semua akan berjalan lancar seperti yang dirancang... semoga apa yang abg fizee ajar n tunjukkan semoga dpt ingat ye kawan2.. hehehe

aku x bwk laptop balik um sebb sengaja tinggalkan kat umah.. tp menyesal jgk sebb boring tahap gaban duk dalam bilik terutama bila xde latihan.. hahahaha.. ambil ko.. sape suwuh kan.. tp xpe.. tiba2 hati ni terniat nak bace novel sbg pengubat keboringan yang tahap maximum nie.. nasib baik adik atirah ade novel.. hehehe.. dpt gak bace novel tue alang2 dah boring.. bukan terpaksa.. tp mmg dah lama x bace novel.. hehehehe... nama novel yang aku pinjam ialah "Kitab Cinta Yusuf & Zulaikha"

menarikkan bunyi tajuk novel nie.. yes.. mmg menarik dan sememangnya menarik kalau dapat habiskan novel nie dalam masa 3 hari je.. mmg best sgt cite cinta nie.. cinta berlandaskan Al-Quran.. sememgnya bile tgk ketebalan novel nie mmg menghampakan aku untuk membacenya.. byk kot nak bace.. hahahaha.. siyes mula2 mmg mcm  nak x nak je bace.. tp bile dah masuk muka surat k3 tiga.. dah mula minat dengan cerita cinta nie dan tertarik untuk ketahui apa kesudahan cerita nie.. siyes wei.. sgt3 best... selama nie kite dgr kisah cinta segi tiga.. cinta tak berbalas dan cemburu dengan cinta owang lain.. tp dalam novel nie.. semua ada.. cemburu, harapan dan cinta semua terkandung dalam novel nie.. mmg penulis novel nie mmg hebat dalam menggunakan ayat2 puisi dan syair dalam menyedapkan jalan cerita dalam novel nie.. penggunaan teknik yang berkesan dalam menyeritakan jalan ceritanya dengan teratur dan menarik.. so kalau anda bekesempatan membace novel nie.. silakan.. mmg x menyesal luangkan masa yang terluang dengan membace novel nie...

sedikit tentang sinopsis novel ini:

Saya takut menjadi musyrik. Saya takut menyekutukan Cinta saya kepada allah karena cinta saya kepada Yusuf. Saya rindu untuk dibelai Allah, tetapi hati saya dipenuhi pula kerinduan kepada Yusuf. Apakah saya sudah menjadi manusia musyrik ya ustadz? Tolonglah saya! Demi Allah, saya tidak kuasa untuk memilih satu dari cinta dan kerinduan ini. Rindu saya untuk menggapai Wajah Allah seiring rindu saya menggapai wajah Yusuf….”
 
Rintihan Zulaikha merobek-robek angkasa malam. Cinta dan kerinduannnya kepada Yusuf demikian mendalam. Inilah kitab cinta sang wanita muslimah kepada Yusuf-seorang pemuda muslim yang diberkati wajah yang bercahaya. Akankah takdir Ilahi Swt, membimbingnya menyatukan jiwanya dengan jiwa yusuf, sekalipun jalan cinta yang harus dilalui oleh sepasang insan ini demikan berliku? Cinta, keimanan, kerinduan, keindahan, mengamuk bersama nyala api kecemburuan, iri, kebencian, kekecewaan, kepedihan, nafsu dan amarah. Sangat mereda iman….

Nasib Tak Baik..

huhuhu. kenapa nasib x baik.. kenapa?? sebb satu lagi harapan A aku untuk sem nie punah kerana Psokologi kanak - kanak.. sebb? aku dpt B+ je.. ala owang kalau dpt B+ patutnya dah syukur gile kan.. tp aku xkan.. hahaha.. sebb aku pikir boleh skor untuk subjek tue.. tp bile result keluar.. ambil ko.. B+ jdnya.. baru nak harap psikologi kanak2 dpt bantu pointer... last2.. x leh hrp tulla.. hehehe.. mmg dah target A untuk Psikologi kanak2 tp x mampu untuk mendapatkannya..

carry mark dah ok..maybe final wat hal kot.. hehehe.. xpela.. nak wat cmne kan.. sebb untuk final ade soklan objektif.. maybe aku skor rendah kat bahagian tue kot.. sama gak menimpa kawan2 aku yang len,, hanya dpt B n B+ dan A-.. mmg x sangka jgk sebb ingatkan dpt skor A dengan carry mark yang tinggi iaitu 36 dan 37.. tp hampeh.. huhuhu.. xpela.. maybe ade hikmah kot.. apa2 pun.. syukur sebb dapat B+ untuk psikologi dan x yah nak pk untuk repeat subjek tue..

sejujurnya2.. menyesal gak ambil psikologi kanak2.. hahaha.. tp nasi dah jd buburla.. teringat subjek organisasi kat APM dulu.. dpt A kot.. hahaha.. pape2 jela..

Apa Dah Jadi??

huhuhu.. apa dah jadi kat result advance FM yang ramai giler target A.. hahaha.. mmg x dijangka.. result Advance FM menimbulkan kontroversi kat pelajar2 yang ambil subjek tue.. hahaha.. mmg x disangka juga gred yang mereka idam2kan itu menjadi debu yang berterbangan apabila mereka tgk gred yang mereka dapat.. mesti mereka dan ramai dpt A kan.. hahah..

mmg silap jangkaan tue.. sowang pun x dpt A dan paling tinggi pun A-. hahaha.. terkejut kan.. mmg terkejut bahkan aku lagi terkejut n melompat time tue bile tgk aku dpat B je daripada A yang dijangkakan.. apa dah jadi? susah ke soklan final? atau wat byk salah masa jawab exam atau over confident? Atau skima jawapan yang terlalu ketat? huhuhu.. mmg semua x caya bile tgk result Advance FM.. pelik tapi benar.. xde pun yang dpat A dan ramai jgk dapat B ke bawah.. ambik ko.. aku pun x sangka jadi cmtue..

puncanya??
aku pergi tanya kat opis kenapa result advance fm jd cmtue.. then akak kat situ kate bukan pensyarah kami yang tanda jawapan final exam.. tapi pensyarah kami.. kami tanye kenapa jd cmtue. then akak tue jawab sbb lecterur kami lari balik ke India.. ambil ko.. x boleh pakai tul.. hahaha.. redha jela.. kalau Dr kastoori tanda mesti dah A punya.. hahahaha.. mmg terkejut dgr berita tue sbb kalau pensyarah len tanda kertas kami citarasa mereka n cara mereka tanda x sama.. mmg amat berbeza.. x mahu benda sama terjadi kat advance fm.. kalu dulu audit. sekrang xkan advance fm kot.. huhuhu..

solution?
ade akak kat opis beri cadangan supaya kami wat petiton kepada dekan dan ketua jabatan untuk semak semula jawapan advance fm kami dan minta semua pelajar sign kat surat tue.. alhamdlillah semua dah settle.. tinggal jawapan sama ada gred bertukar atau x.. then, kami melampirkan semua soklan tutorial yang ade dan sama dgn soklan final exam kami.. so, kalau nak dipikirkan balik.. mmg mustahil x dpt skor kalau semua soklan final yang kami jawab dalam soklan tuto ade.. mmg MUSTAHIL!!!!

so harapnya gred advance FM akan dpt diperbaiki dan mampu membantu pointer sem nie.. Amin..

Company Law.. Memang Dah Agak Dah..

hahahaha.. akhirnya result company law yang aku nanti2kan selama ini dah kuar.. agaknya apa aku dpt eh? hehehe.. walaupun sedikit kecewa dengan grednya.. iaitu C+. tapi bersyukur sgt sebb x yah pikir nak repeat balik.. huh!!1 alhamdulillah.. sama seperti yang aku sangka.. mmg tepat lagi benar aku lulus company law... mmg target rendah sebb bile aku jawab final pun mmg tawakal giler kat company law tue.. mmg sebenarnya tak berbaloi sebb ramai rakan2 aku dapat lebih tinggi dari aku.. tapi.. ape leh wat itu je yang aku mampu.. C+ pun ok la jgk.. namun.. ia effect jugak kat pointer aku.. hmm.. mmg tak diakui pointer company law sedikit sebyk effect kat pointer.

tapi, dalam C+ aku tue.. ade gak member2 aku dpt C-.. n fail..maknanya mereka kene ambil retest atau repeat balik paper company law.. Ya Allah.. hanyaMu yang tahu perasaan kawan2 aku yang dpt bwh C tue.. aku faham bile tgk riak muka mereka bila mengetahui result company law mereka.. harap mereka tabah menghadapi dugaanMu.. so.. alhamdulillah sekali lagi kerana result company law aku lulus n tahniah kat kawan2 yang dpt result company law yang best..

Sunday, December 19, 2010

Tun Teja Ratna Menggala

selepas berpeluang melihat teater Janda Setinggan.. esoknya iaitu hari sabtu.. aku n rakan2 berpeluang menonton satu lg teater iaitu Tun Teja Ratna Menggala.. dalam teater ini pengarah untuk teater kami iaitu abang fizee menjadi Tun Mamat.. heheh.. cayalah abg fizee.. walaupun cedera.. tapi mampu berandai n berlakon dgn baik sekali.. tahniah ye abg fizee.. hope kami pun boleh bg yang the best kat abg fizee.

teater Tun Teja Ratna Menggala mengisahkan tentang Hang Tuah yang telah difitnah oleh orang2 istana Melaka dan telah membawa diri ke Pahang setelah dinasihati oleh Bendahara Paduka Raja. Tiba di Pahang, Hang Tuah telah membuat perhubungan dengan Bendahara Seri Buana iaitu ayahanda kepada Tun Teja dan Tun Jenal, adinda Tun Teja. Pada mulanya Tun Teja menolak akan pelawaan perhubungan dengan Hang Tuah namun setelah diberi ubat guna2 melalui Dang Ratna, inang pengasuh Tun Teja yang juga menjadi ibu angkat Hang Tuah, Tun Teja telah jatuh cinta dengan pahlawan itu, walhal Tun Teja telah pun bertunang dengan Megat Panji Alam, anak raja Terengganu.. Hang Tuah telah membuat pakatan untuk membawa Tun Teja ke Melaka melalui jalan laut, walau pun pada mulanya orang2 Pahang berjaya menghidu akan tindakan Hang Tuah, yang diketuai oleh Tun Jenal.

komen aku untuk teater nie.. hmm.. kalau nak bandingkan dengan Janda Setinggan.. Janda Setinggan menang dan berjaya menambat hatiku.. hehehe.. maybe Janda Setinggan mengandungi unsur2 dan elemen yang aku x pernah tgk kot.. Tun Teja lebih kepada realiti n berkonsepkan kehidupan sebenar n cuba dipentaskan semula.. tapi, agak boring kerana jalan cerita agak lambat dan ada gap antara babak.. n tambahan lagi aku dapat duduk yang agak belakang dari pentas persembahan.. tapi.. aku bagi 4 bintang untuk teater nie..

Janda Setinggan

hari jumaat yang lepas... aku n team teater aku telah diberi kesempatan untuk ke ASWARA untuk menonton teater Janda Setinggan yang diambil sempena nama pusi A. Samad Said.. kami bertolak dari kolej dari jam 7.30 malam n tiba di ASWARA pada jam 8.20 malam.. mmg ketika itu hari ujan n jalan bertambah jem.. huhu.. tp alhamdulillah.. kami sempat sampai ke sana...
 

lagu Janda Setinggan

sedikit tntang janda setinggan
"saat menunggu ajalnya dalam kekecohan Gempa Armenia, Janda tahu sudah masanya dia kembali kepada Maha Pencipta. Tempatnya di kawasan setinggan dan Janda mewakili kehidupan golongan bawahan di kota. Empat kali janda tertipu dengan insan bernama lelaki iaitu lelaki muda, lelaki tua, lelaki duda dan lelaki kaya.. kekuatan janda dalam mengharungi hidup, katanya : derita itu aku, derita itu aku!! Jauh hidupnya berjalan, tidak sayangkah Tuhan kepadanya? Matinya tidak disisi suami. Tuhan panjangkan umur kerana ada sebabnya, pertama, gunakanlah ilmu untuk disebarkan kepada masyarakat dan kedua Tuhan memberi kita masa untuk bertaubat. Matinya Janda di sisi sisa nasi, rehal retak dan foto anak. Siapa kita hendak menentukan hidupnya"

komen untuk teater nie : bila bace sinopsis cite nie dah terbayang ke seronokan untuk menonton teater nie.. yes!!! benar tanggapan.. ini merupakan teater yang terbaik aku pernah tgk.. rugi beb x pergi menonton teater nie.. berkonsepkan exprimental.. dan diselitkan dengan adegan yang menyentuh perasaan.. aku bagi 6 bintang.. kawan2 aku pun akui kehebatan teater arahan kak Sherry.. tahniah kak.. terbaik la... best sgt...  kalau boleh.. nak tgk lagi.. heheh.. InsyaAllah.. gabungan elemen yang 1st time aku tgk mebuatkan aku x kelip mata melihat setiap pertukaran babak dan adegan yang menarik.. walaupun ade babak2 yang boleh menyentuh sensitiviti.. namun mereka telah wat yang terbaik untuk setiap babak... mmg tidak dinafikan kehebatan pelajar ASWARA membawa setiap watak dengan baik...

"Aku adalah Pelacur, Aku adalah Isteri, Aku adalah Janda, Aku adalah Janda Berganda, Aku JANDA SETINGGAN".. itu ayat2 yang selalu aku ingat.. hahaha.. bukan apa.. setiap kali pertukaran babak.. Kak Tania akan ucap ayat tue.. maybe melambangkan jalan cerita nie.. kalau dalam pemahaman aku.. mula2 die jadi pelacur, kemudian berkahwin n menjadi isteri.. kemudian die diceraikan dan menjadi janda.. then kenal ngan owang kaya dan diceraikan lagi.. sebb tula jadi janda berganda.. last2.. lepas suami dia mati lepas aids.. dia jadi janda setinggan.. hehhe.. maybe kot..

 bergambar bersama Kak Tania n ahli TiTian

Puisi : Janda Setinggan
A. Samad Said

Hari lahirnya Jumaat lalu
lipan menyengat telunjuk kirinya.
Dan dalam matanya yang letih berpusar
asap dan debu. Dunianya amat sedu.
Sesekali angin berang merentap baju
di tengkuknya terserlah pulau panau.

Derita kembaii menderu.
Katanya: Derita itu aku.
Dirinya cemas diterjah usia
dalam kabus belasungkawa -
dia tergigau hampir seminggu
diancam lipan, angin dan debu yang sama.

Desa bahagia, derita.
Katanya: Derita itu aku.
Antara jamban dan dapur
di sisi parit tohor
hari mukanya sabut, tin dan lumpur.

Kalut mega direnungi; kenyit
kilat tak berbunyi. Memang telinga
kirinya kini tuli.
Terjulur pegaga segar dan
ketip ketam cergas mencakar
dalam bakul kenangannya:
sanggul-molek-punggung-cantik
ulam kehidupan zaman penjajah
terlucut colinya suatu pagi
dia dicantasi janji lelaki -
dirinya bukan perawan lagi.
Cinta dan sejarah
mencakar langsir dan mencekau pintunya
menyembur bara mantera
“Aku teringat pandang pertama.”1
Untuk apa? Hingga bila?
Dihantar rayu-resah Sanisah Huri
diterimanya lesu-lara dendang R. Azmi
simfoninya rimba duri
disergah arus mimpi.

Dia yakin di situ
segala tersumpah sebagai batu;
menjadi lebih pasti, sesekali
disentap semboyan kereta api.
Dalam dakapan cubit tak sakit
dia tertipu empat kali
dia setinggan janda berganda
tercemar di belakang kereta.

Tapi, mimpi akhirnya pangsapuri
taman-mini-kolam-mandi
geli hatinya sepagi, kerana
dirinya bas mini
mendesah ke Dayabumi
bersaing rezeki. Dan
sejak anak tunggalnya mati
hikayatnya gunung ngeri,
kehidupannya puisi elegi.

Lalu, di larik bibir
gincu tak seri;
di bawah kenanga
bau tak wangi;
di sisi lampu
bayangtakjadi.

Dia diejek usia, diserapah cinta
empat kali dia terbelah.
Disedari dirinya janda
dijerat rindu -
perahu sepi diagah sunyi
antara Bidong dan Langkawi.

Dia belajar bahagia
di sisi lilin dan kucing yang lara.
Jumaat lalu, di tengah gempa Armenia,
dirai hari lahirnya -
bertunda rekod R. Azmi, käset Sanisah Huri,
berlumba kenangan meracuninya.

Dia terbiasa -
dalam cahaya malamnya siang,
dalam gelita siangnya malam.
Dan kini semakin
payah dikenalnya bila
jantan insan-hewani, bila
pula hewani-insani.

Lelaki tak dipercaya lagi.
Sejak itu bergilir tetangga
mengadapnya – sedu dalam ayat syahdu
Dan ketika racaunya sampai ke puncak
Tujuh kali dia tersentak.
Darah, najis dan muntah saling mengasak.
Dalam biliknya berdinding akhbar,
tingkap berkiut, lantai berlumut
dia mengucap semput.
Tercungap. Tersentap. Terhenti.
 
Matinya di sisi sisa nasi,
Rehal retak, subang pengantin, foto anak.
Tak mungkin jantan menipunya lagi!

Friday, December 17, 2010

Luar Biasa..

huhuhu.. apa yang luar biase.. ,mmg luar biase.. Alhamdulillah result teori perakaunan atau orang selalu panggi ATAP dah keluar dengan jayanya.. hahaha.. lega dan syukur sebb dapat B+ lagi tinggi dari Tax.. hehehe.. mmg gred yang diperoleh yang amat luar biase kerana mula2 hanya target C+ sahaja sebb tgk aku n cara jawab exam hari tue.. tp tgk2 mak ai dapat B+ tue.. huhu.. mybe owang akan kata sebb carry mark aku tinggi.. tapi, alhamdulillah semua dah jelas.. aku dpt B+.. mmg terharu n tak sangka2.. hehehe.. alhamdulillah at least result atap dapat bantu pointer sebra sedikit.. harap2 Advance FM, Company Law n psokologi Kanak2 akan bagi result yang baik.. (P/s: siyes : company law yang aku tertunggu2 resultnya..) haish!

Thursday, December 16, 2010

Travie McCoy: Need You [OFFICIAL VIDEO]

Black Eyed Peas - The Time (Dirty Bit)

Ke$ha - We R Who We R

Menambat Rakit - A. Samad Said

Sesudah demikian lama dicintai,
sukarlah dilupakan.
Inti pengalaman, kepedihan;
akar kerinduan keresahan…
Memang begitu banyak
diperlukan kekuatan,
kepangkalan batin, rakit ditambatkan
bara kenangan dikuatkan
Akhirnya, tak terduga, kekuatan membuak sendiri,
dan disedari, semua takkan sampai, ke dasar inti.
Tiada lagilah bezanya,
sama ada hilangnya kemudian
atau tenggelamnya sekarang.
Tiada juga bezanya ,
jika ia langsung tak datang
atau tiba-tiba terkorban
Kepiluan yang berlanjut akhirnya,
ditenterami keyakinan,
betapa dielak puntakdir
tetap terbuka pintunya
bertanya: manusia, engkau ini sebenar-benarnya siapa..

Wednesday, December 15, 2010

Oh Corporate Tax..

hahahaha... td member call dari fak.. sebb die join program kat fak.. mula2 die suwuh aku call die.. aku pun pelik.. tapi aku dah mula agak nie mesti ade result yang baru kuar kan.. heheh.. yup.. sangkaan yang tepat dan benar belaka.. result Corporate Tax dah kuar.. hahahaha... Alhamdulillah aku dapat B.. syukur sgt.. berbaloi dengan apa yang aku usaha dan belajar untu tax.. walaupun x dpt A.. namun tetap amat bersyukur sebb dpt B.. atleast ia menyamai result OB yg juga dpt B.. mula2 ingatkan dapat C atau C+.. tp lepas diberitahu yang aku dpt B.. lega sgt.. tp.. lega pun tetap x puas hati sebb rase cm leh jwb.. mybe apa yg aku jawab tidak menepati skima jawapan Dr Anna kot.. heheh.. by the way.. untuk Corporate Tax.. Alhamdulillah dan lega seb dapat B yang sememangnya gred yang cukp makan untuk bantu pointer aku sem nie..

Semoga result untuk subjek yang len juga dapat membantu dan dapat lebih baik dari Tax.. Amin..

Tuesday, December 14, 2010

Nicole Scherzinger - Poison

Ke$ha - Take It Off

Katy Perry - Firework

Rihanna - What's My Name? ft. Drake

Eminem - Love The Way You Lie ft. Rihanna

Jangan Mencari Terlalu Sempurna

huhuhu.. pagi2 lagi dah bangun untuk pergi riadah.. huhuh.. maklumlah dah kem nie kan.. kene jage stamina n fizikal.. huhuhu.. pape jela kan.. then, balik je dari riadah.. terus je buka facebook.. mmg syok giler la.. xpe.. by the way.. tgh tgk layan2 fb nie.. terbace satu note yang dipost oleh sahabatku nie.. lalu aku bacenya.. then aku tertarik pada note tue.. tq 4 kak yatie for sharing that story k.. so, aku pastekan apa yang aku bace di sini.. enjoy..

BUAT PEDOMAN BERSAMA.

Jika kamu memancing ikan....
Setelah ikan itu terlekat di mata kail,
hendaklah kamu mengambil ikan itu....
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia
semula ke dalam air begitu saja....
Karena ia akan SAKIT oleh kerana bisanya
ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

Begitulah juga ..........

Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang...
Setelah ia mulai MENYAYANGIMU
hendaklah kamu MENJAGA hatinya....
Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja.....
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu
dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu......

Jika kamu menadah air biarlah berpada,
jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia
begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu....
Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menambalnya semula....
Akhirnya ia dibuang....

Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan
lagi....
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya....
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu
istimewa....
Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan
mudah bagi kamu untuk menerimanya......
akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.

Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga
ke akhirnya....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi...
yang kamu pasti baik untuk dirimu.
Mengenyangkan. Berkhasiat.
Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..
Terlalu ingin mengejar kelezatan.
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya.
Kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan.....
yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu.
MENYAYANGIMU... MENGASIHIMU...
Mengapa kamu berlengah,
cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain.
Terlalu mengejar kesempurnaan.
Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang  L ain
Kamu juga yang akan MENYESAL...

Monday, December 13, 2010

Kem JIK 2010.. Enjoy!!!

Sepanjang 10 hingga 12 disember. semua barisan jtk/jik telah pergi ke kursus jik di nilai, seremban.. alhamdulillah semuanya berjalan lancar seperti yang dirancang.. seramai 17 orang telah menyertai kem yang menyeronokkan itu.. bak kata pepatah. kalau dah ade rezeki..jangan ditolak.. huhuhu.. kalau nak dikira.. dah masuk kali ke 6 aku pergi kem sepanjang tahun 2010 termasuk kem PM (Pembantu Mahasiswa) huhuhu.. apa2 pun kem2 nie yang aku lalui semua amat menyeronokkan dan menghiburkan..



kami bertolak dari kolej 9 pada jam 3.15 petang dengan menaiki 2 van kolej.. dalam pukul 4.20 petang kami tiba di Nilai Springs Resort.. tempat yang indah dengan landskap dan hiasan membuatkan kem kami bertambah seri.. huhuhu.. lagi hebat bila sejak dari kolej lagi semua dah sibuk duk bergambar2 dan berposing tak tentu hala.. hahahaha.. ala.. sesekali xpekan.. janji enjoy..


 decoration Christmas di Nilai Springs Resort

 selepas tiba.. kami berkumpul di ruang lobi untuk penbahagian bilik dan check in.. dan lebih menggembirakan semua diberi masa untuk rehat dalam bilik sebelum makan malam dan melalui aktiviti yang telah dirancang oleh pentadbiran.. setibanya dibilik.. ape lagi katil menjadi sasaran utama untuk rebahkan diri yang memang penat n lemah.. hehehehe... kemudian pukul 7.30 kami makan malam di resort tue.. sememangnya itu yang diidamkan sebb makanan yang pelbaga jenis bermula dengan pembuka selera hinggalah pencuci mulut.. mmang semuanya mantap la kata owang.. masih ingat kat kem PM di PD dan Pangkor.. perkara yang sama berlaku.. semua jadi tak tentu hala tengok makanan.. masing2 kenyang.. huhuhu..

Aku dan Nilai Springs Resort

3 hari 2 malam kat kem tersebut memberi banyak pengalaman, pengertian dan ilmu yang kami dapat bermulalah dari modul 1 hingga modul 6.. setiap modul diberi pengisian yang sesuai dan berguna kepada kami dalam mengetahui selok belok jtk/jik, pentadbiran kolej dan lain2.. bermula dengan ice breaking hinggalah ke penutup dan rumusan.. lebih seronok bila kami diberi tugasan kumpulan dalam untuk membuat 1 persembahan selama 8 minit.. kami dibahagikan kepada 3 kumpulan dan setiap kumpulan bebas membuat persembahan masing2..


 
sebelum bertolak ke Nilai
 
dah sampai dah kat Nilai

 
sempat berposing depan cermin resort (macam - macam ragam)

menunggu makan malam yang agak lewat.. masing2 dah lapar.
tapi sempat bergambar

ini lagi hebat.. kembali ke zaman kanak - kanak rebina

Aku, Wafi & Buaian terseksa..

MENIKMATI AKTIVITI YANG DIJALANKAN

semasa ice breaking

 persembahan kumpulan

huhuhu.. masing2 ade bakat terpendam

goyang.. jangan x goyang

hahaha.. zapin yang tak jadi zapin

1...2...3...

belajar dari pengalaman...

jom dansa...


AKTIVITI IKUT KUMPULAN

 KUMPULAN 1

KUMPULAN 2



KUMPULAN 3

masing2 dapat hadiah yang ditaja oleh master sendiri. huhu.. tq kepada master n barisan penyelia kerana menyediakan kem yang beri input yang banyak kepada kami semua.. pengalaman manis yang mmg x dapat dilupakan sampai bila - bila.. semoga ikatan ini terjalin selamanya...

p/s:  kalau nak diikutkan banyak lagi gambar semasa kem nak letak.. tapi nanti akan ku uploadkan.. InsyaAllah.. nak kene ambil dari semua rakan2 yang bawa kamera masa kem tue.. hehehe

Kelakar.. Tapi Kesian Pun Ada..

huhuhu.. mmg kelakar wei.. (bagi akula) sebb aku da cite nak kongsi ngan kowang semasa aku balik kmpung lepas exam hari tue... nak katekan pelik.. x pelik jugak.. tapi.. mungkin nasib x baik kot.. hehehe

mase tue aku balik ke kampung nek train dalam jam 10.00 pagi.. patutnya kul 9 train sepatutnya bertolak.. tapi malangnya delay 1 jam sebb ade serombongan ke Pulau Langkawi ada family day.. wat hal tul. tapi xpe.. teruskan bercerita.. aku nak train seperti biase walaupun hati panas.. selalu je train lambat.. then.. tibe je kat Stesen Seremban.. owang ramai berpusu - pusu keluar masuk train.. mase tue aku tersedar dari tidur.. x sangka dah tiba Seremban dah.. then ade la sowang mamat nie tak tahu la owang mana bertanya kat Tuan nie (Tuan ni owang yang jaga train dan cek penumpang di setiap stesen)... mamat nie tanyelah.. "ini train ke KL Sentral ke".. then Tuan tue jawab "bukan, ini train menuju ke Singapura.. kamu salah nek train nie".. kemudian mamat nie tunjuklah tiket train yang di beli tue.. rupanya itu tiket komuter.. mmg betulla die beli tiket nak g KL Sentral tapi die salah train.. then.. bila train kami bertolak dari Seremban.. mamat tue masih ade dalam train tue terpinga - pinga mencari arah.. huhu. then die pun duduk kat kerusi hadapan yang kebetulan kosong.. kerusi tue dekat je ngan aku..

dalam 10 minit kemudian.. Tuan nie datang la ke koc aku dan cek tiket penumpang yang baru nek train dan Tuan nie terkejut yang mamat nie ade lagi dalam train nie.. hahahaha.. Tuan nie pun marah la mamat nie kenapa x turun tadi kalau dah dapat tahu dia dah salah train.. huhuhu.. mamat tue jawab "salah lupa nak turun dan saya tengok semua train dah gerak, jadi saya ingat ini train ke KL Sentarl".. Tuan tue pun nak katakan marah x juga tapi maybe dalam hati dia tergelak kot.. Tuan tue minta mamat tue turun di Stesen Tampin dalam masa 1 jam lagi dan mamat tue pun dengan terpinga - pinga dan tersengeh - sengeh cuba cover malu.. nampak beb reaksi muka die lepas Tuan tue kate die salah train dan kene turun kat Stesen Tampin.. huhuhu.. memang terbaiklah..

so, pengajarannya.. tengok dulu tiket train, tengok dulu warna train dan kalau mmg betul2 x tahu.. jangan malu nak tanya owang (maybe owang tue first time kot merasa naik train, sebb tue begitu teruja).. heheheh

Monday, December 6, 2010

Yeah... Misi Selesai..

Alhamdulilah.. Semua selesai.. nasib baik internet x wat hal.. kalau x mati aku nak daftar subjek.. huhuhu... nasib baik aku berjaya mendaftar kesemua subjek aku plan nak ambik sem 6 nanti.. bila dah daftar senang sikit masalah,... Alhamdulillah.. huhuhu... pukul 8.30 lagi aku dah standby depan laptop nie.. nak menunngu kul 9 mmg memenatkan.. asyik klik je kat butang pendaftaran tue.. last2 dapat gak.. hehehe... MISI BERJAYA!!!

tapi, dalam keseronokan aku nie.. ade gak kawan2 aku x dapt daftar subjek Perakaunan Korporat.. Yang aku pelik kat situ tulis kuliah kat DK1.. kan besar DK1 tue.. nie yang aku pelik sgt.. kalau ATAP kat DK2 leh dapat semua.. tapi bile Perakaunan Korporat kat DK1 tue.. tp dah penuh.. kalau sikit x dpt daftar tue xpelakan.. nie x.. ramai lak tue kawan2 aku x dpt daftar.. ish2.. tapi, InsyaAllah.. kalau jumpe pensyarah wat pendaftaran manual.. InsyaAllah pensyarah akan pertimbangkan.. yela.. kalau x dpt ambil.. mesti kene extent beb.. ish2.. xnak la aku dgr extent2 nie.. seram sejuk dibuatnya.. heheeh.. xpe la kawan2 sabar ek.. InsyaAllah kalian dapat ambil Perakaunan Korporat bersamaku nanti.. Heheh..

sem 6 nie aku pilih nak wat 21 jam kredit dengan 7 mata pelajaran.. mampu ke? hehehe.. entahla.. InsyaAllah akan dipertimbangkan.. hehehe.. kalau dulu aku ingat lagi masa sem 4 aku pernah ambil 21 jam kredit tapi Alhamdulilah kurang tekanan sebb banyak subjek mengira sem tue.. tapi kali nie.. di sem 6 semua subjek kebanyakannya teori .. huhu.. cuma MA2 je yang ade selitkan pengiraan.. hehehe... kalau nak ketakan aku mampu nak ambil 21 jam kredit mmg boleh.. tp aku akan pertimbangkan lagi untuk mengambilnya atau tidak.. sebb?? aku ade daftar untuk ambil PSA (Perakaunan Sektor Awam) dan Advance AIS untuk sem depan.. malangnya kedua2nya exam pada hari yang sama.. huhu.. xke cari pasal namanya.. Tapi, klau nak dipkkan balik, mcm la aku xpenah ambik 2 paper dalam 1 hari.. hehehe.. tapi itu dulu.. nak katekan dah serik.. serik kot.. tp xpe.. minggu add drop ade lg.. so kalau rase nak drop.. akan terus didropkan.. hehehe..

Subjek yang aku dpt daftar :
1) CAEA 3225 Perakaunan Korporat
2) CMEA 3226 Advance AIS
3) CAEA 3228 Advance Audit
4) CAEA 3229 Perakaunan Sektor Awam
5) CTEA 2217 MA2
6) CBEB 3103 Strategic Management
7) CBEB 2320 Pengurusan Perbendaharaan


sebenarnya juga.. aku juga ade pilihan untuk wat short sem nanti.. so kalau aku bercadang nak wat short sem nanti.. bolehla aku drop elektif fak iaitu Pengurusan Perbendaharaan.. tapi kalau nak diikutkan boleh je nak wat short sem.. tp nak kene pk jg duit hostel n makan.. sebb kene byr kalau nak stay kolej dalam masa 2 bulan.. kalau aku wat short sem.. atleast dpt kurangkan jam kredit aku untuk sem 6 nie.. so, InsyaAllah.. dengan petunjuk yang ade,, aku akan pkkannye.. hehehe.. kalau ade kawan2 yang nak cadangkan sesuatu untuk aku.. anda dialukan2...

2010... Terbaik Atau Terburuk??

huhuhu.. mesti ade yang tanye kenapa tajuk post aku mcm tue kali nie. hhehe.. xpe2.. meh aku jelaskan.. sebenarnya memandangkan tahun 2010 dah pun nak hampir melabuhkan tirainya dalam masa 23 hari lagi.... semestinya banyak perkara, pengalaman dan aktiviti yang telah aku lalui sepanjang tahun 2010 bermulalah dari bulan januari sampailah bulan disember nie.. dah banyak aku lalui sama ade kenangan pahit dan manis.. suka duka dan sebagainya.. huhuhuhu.. aku tahu semua ade kenangan dan peristiwa masing2 pada tahun 2010 nie kan.. xpe.. nanti aku share ape yang termanis, terpahit, aktiviti aku yang benar2 terpahat dalam ingatan aku sepanjang tahun 2010.. kalau kat TV nanti akan disiarkan peristiwa dalam negara kita sepanjang tahun 2010, isu2 di seluruh negara sepanjang tahun 2010 dan sebagainya.. aku pun ade gak..t aku ceritakan satu demi satu,, nantikan kemunculannya K.. hehehe.. just for sharing...

Saturday, December 4, 2010

Apakah Seterusnya....

huhuhu.. Alhamdulillah. tamat sudah ke enam - enam exam aku di semester 5 yang amat memenatkan dan menyakitkan... huhuhu.. semua paper telah ku jawab.. dari ke dewan Tunku Canselor aku ke Dewan Peperiksan dan kembali ke Dewan Tunku Canselor.. huhuhu.. exam pertama aku berlangsung di DTC (Psikologi Kanak - Kanak) dan berakhir di DTC jugak untuk Kewangan Pengurusan Lanjutan pada jam 3 petang... Alhamdulillah.. Syukur kepada Allah kerana mengizinkan aku untuk mengambil ke lima - lima subjek (tidak termasuk OB) pada sem ni dengan baik n jayanya.. walaupun pada hakikatnya diri ini takut sangat dengan result yang bakal keluar.. huhuhu.. ngeri bila memikirkan result... padahal aku patut meraihkan kemerdekaan kerana telah habis exam.. hehehehhe... so far.. harapanku tidaklah setinggi langit dan serendah mental bumi.. cewaahhh!!! tapi, kalau nak katakan aku boleh jawab semua exam dengan baik.. aku tipu la... ade yang senang dan ade yang susah.. ade yang keliru dan ade yang xtahu ape2 tentang soklan tue nak apa.. heheh.. apa2 pun tawakal jalan terakhir....

so, kalau dah abis exam.. nak watpe ek?? enjoy ke? tgk wayang ke? jalan2 ke? atau ganti balik tidur yang terbengkalai dan ganti tenaga balik.. hmmm.. aku pasti semua rakan2ku yang dah abis exam sedang seronok menikmati saat2 kemeriahkan abis exam di pasaraya dan di panggung wayang.. hahahaha.. yela.. dah x payah nak belek belek buku lagi kan... kepada yang belum tamat exam.. heheh.. semoga berjaya dan selamat study.. semoga anda berjaya menahan kesabaran dan kemarahan melihat rakan2 anda yang len dah abis exam.. huhuhu.. teruskan perjuangan anda dan abiskan sisa sisa perjuanga anda dengan sebaik baiknya... huhuhu... so, apa aktiviti aku selepas exam nie...

1) 5 Disember 2010
- abang sedara aku bakal bertunang pada petang ahad.. kami sekeluarga akan membawa rombongan ke rumah pengantin perempuan.. nasib baik aku ade kesempatan nak balik minggu nie.. so dapat jugk menumpang kemeriahan majlis tersebut... InsyaAllah semuanya berjalan lancar (masuk tahun nie. 2 orang sedara aku dah bertunang.. akak sedara aku bakal berkahwin pada tahun hadapan.. InsyaAllah).. aku bila lagi.. hehehehe....

2) 6 Disember 2010
- pada hari isnin nie.. semua pelajar sesi 2008/2009 (terutama pelajar tahun 3 perakaunan) akan sekali lagi berjuang untuk merebut matapelajaran untuk semesterhadapan... huhuhu... seperti rutin2 tahun sebelumnya.. dak2 nie akan standby duk depan laptop jam 8 pagi lagi untuk menunggu detik jam 8.55 pagi untuk pandaftaran.. hahahaha... dah tue.. ape lagi siap sedia masukkan password untuk daftar subjek.. maklumlah.. sape cepat dia dapat.. sapa yang lambat ketinggalan.. so, kepada sesiapa yang lum wat CTES, bayar yuran dan sebagainya.. cepat2la settlekan sebelum terlambat...

3) 10 Hingga 12 Disember 2010
-3  hari aku dan kawan2 akan ke kem JTK/JIK.. dengar khabar akan dibuat di Nilai, Seremban.. kem ni mengumpulkan 18 orang JTK/JIK Kolej Sembilan dalam menjalani aktiviti kecergasan minda dan fizikal dan mengambil kesempatan juga untuk memikirkan aktiviti JTK/JIK pada semester 2 nanti.. InsyaAllah kem tersebut berjalan lancar dan harap - harap x seteruk kem PM macam dulu.. hehehe

4) 13 Hingga 24 Disember 2010
- 2 minggu aku akan menapak kat KK9 untuk menjalani kem FESENI (festival seni) untuk tahun depan di mana bukan feseni sahaja, Karviter uga (Karnival teater) juga bakal berlangsung.. huhuhu.. persiapan dan persediaan akan dilakukan dalam masa 2 minggu ini dimana semua peserta feseni termasuk aku akan bertungkus lumus menghabiskan masa dengan berlatih mengikut kategori masing2... InsyaAllah.. tahun depan akan lebih baik dan seronok berbanding tahun sebelumnya..

Friday, December 3, 2010

Hati - Hatilah Kamu...

berhati - hatilah kepada semua yang ade diluar sana terutamanya kepada rakan - rakanku sebb zaman sekarang nie mcm boleh jadi seperti yang kita x jangka.. ini ade sumber cerita yang nak kongsi dengan anda semua kerana saya tertarik dengan setiap cerita n kes tersebut...

 KES 1

KUALA LUMPUR: Bermodalkan ayat ‘power’ dan wajah kacak, segelintir lelaki hidung belang bijak menjerat cinta gadis remaja menggunakan laman sosial di Internet untuk menjadi pemuas nafsu mereka.

Sasaran mereka, gadis remaja yang kemaruk melayari laman sosial untuk mencari kenalan hingga jatuh cinta dan seterusnya menyerahkan kehormatan diri.Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Azie, 21, ketika ditemui berkata, dia berkenalan dengan seorang jejaka berumur 20 tahun bernama Muaz melalui sebuah laman sosial popular di Internet.

 “Selepas seminggu berkenalan melalui laman Myspace, saya mula jatuh cinta kepadanya dan kami berjumpa buat kali pertama di sebuah pusat beli-belah,” katanya yang juga PENUNTUT PENGAJIAN SYARIAH di sebuah kolej swasta di ibu negara.

Selepas hampir dua bulan berkenalan, kekasihnya mula menunjukkan belang apabila kerap memujuk gadis berasal dari Sabah itu untuk melakukan hubungan seks.

“Saya tak menyangka dia akan meminta melakukan perkara terkutuk itu kerana dia berasal daripada keluarga yang warak.

“Walaupun beberapa kali menolak permintaannya, godaan syaitan lebih dahsyat hingga saya layu di pangkuannya,” katanya yang kini hamil dua bulan hasil hubungan terlarang itu.

Selepas disahkan mengandung, lLELAKI itu mula BERSIKAP LEPAS TANGAN apabila ENGGAN BERTANGGUNGJAWAB

Bimbangkan perkara lebih buruk terhadapnya, Azie menceritakan perbuatan mereka kepada keluarga lelaki terbabit, tetapi kecewa kerana mereka enggan mendedahkan perkara itu kepada pihak berkuasa.

“Mereka hanya membantu mendapatkan rumah perlindungan sementara menantikan kelahiran bayi saya, manakala lelaki itu bebas meneruskan kehidupan sehariannya,” katanya.

Dia pula terpaksa menangguhkan pengajiannya bagi mengelak kehamilan luar nikahnya diketahui pihak kolej.

“Jika perbuatan saya terbongkar, saya akan dibuang kolej dan pasti akan mengecewakan keluarga di Sabah,” katanya.

******************************

KES 2

Seorang lagi mangsa, Rozie, 20, dari Ampang tidak menyangka perkenalan dengan seorang jejaka melalui LAMAN SOSIAL FACEBOOK  bakal menjadi titik hitam dalam hidupnya.

Katanya, menerusi laman sosial itu, Boy dilihat seolah-olah tidak mempunyai ramai rakan perempuan berikutan tiada kenalan wanita dalam senarai sahabatnya.“Ini menyebabkan saya menganggap Boy bukan kaki perempuan dan boleh dipercayai.

“Kami bertemu buat kali pertama apabila dia mengajak saya ke majlis hari jadi rakannya,” kata Rozie yang jatuh cinta dengan Boy yang bersopan santun dan pandai menjaga hatinya.

“Di tempat kerja, saya kerap diganggu lelaki, tetapi Boy pula sering mengambil berat dengan menjaga saya daripada diganggu mereka,” katanya yang bertugas sebagai pakar kecantikan di ibu kota.

Akibat terlalu percayakan lelaki itu, Rozie mengandung hasil hubungan terlarang mereka selepas setahun menjalin cinta. “Boy menyuruh saya menggugurkan kandungan dengan alasan belum bersedia menjadi bapa, tetapi saya enggan menyebabkan dia meninggalkan saya tanpa khabar berita,” katanya yang enggan membuat laporan polis dengan alasan masih terkejut dengan nasib dirinya.

***********************

 KES KE3

Turut berkongsi masalah sama, Wani, 25, pelajar kolej swasta di Pahang.

Perkenalan dengan Zul, jejaka dari Melaka menjadikannya hilang pedoman SEHINGGA TERLANJUR, tetapi lelaki itu enggan bertanggungjawab.

“Kami berjumpa selepas tiga minggu berkenalan melalui laman sosial Friendster.

“Zul sanggup datang dari Melaka ke Pahang semata-mata untuk bertemu saya ketika kami bermadu kasih,” katanya yang terpaksa menangguh pengajian dalam bidang perakaunan kerana kini hamil dua bulan.“Mungkin disebabkan tak pernah bercinta sebelum ini menjadikan saya hanyut dibuai janji manis lelaki durjana itu,” katanya yang berharap gadis lain tidak terjebak jerat cinta Internet.

******************************
KES KE 4

KUALA LUMPUR: Pada mulanya dia hanya suka-suka mencari kenalan baru menerusi laman sembang ketika melayari Internet sambil mengulang kaji pelajaran.Tapi, hobi itu akhirnya menjadi racun apabila terjebak dengan lelaki miang yang rupa-rupanya mempunyai niat serong di sebalik perkenalan di alam maya.Menceritakan kisah silamnya, Syafika berkata, pada mulanya dia menggunakan laman sosial hanya untuk mencari kenalan.

Namun, katanya selepas mempunyai ramai kenalan lelaki, ada antara mereka mengajak dia keluar malah tidak kurang juga sanggup membayar untuk 'tidur' bersamanya.Pada awalnya dia agak keberatan untuk menerima pelawaan berkenaan, bagaimanapun, selepas dipujuk dan ditawarkan bayaran lumayan, akhirnya dia tewas dan terjebak dalam kancah kehidupan sosial terbabit.“Sebelum ini, saya hanya melakukan hubungan seks dengan teman lelaki. Selepas kami berpisah, saya tidak berjumpa mana-mana lelaki dan akhirnya tidak dapat menahan nafsu sendiri.“Sebab itu, saya menerima pelawaan seorang lelaki untuk menemaninya.

Dia memberikan saya sejumlah wang tetapi dengan syarat saya perlu mengadakan hubungan seks dengannya.“Kerana nafsu dan wang tunai yang ditawarkan, akhirnya saya merelakan diri dinodai. Sejak itu, saya aktif melakukan kegiatan ini meskipun masih belajar,” katanya ketika ditemui Metro Ahad.Bagi mendapatkan kemewahan dengan cara mudah selain melampiaskan nafsunya, Syafika mula menjerat kaum lelaki hidung belang.

“Sejak berjinak-jinak dengan kegiatan berkenaan, saya mula berasa kemewahan. Dengan merahsiakan segala kegiatan ini daripada pengetahuan keluarga, saya semakin aktif melayan lelaki yang dahagakan seks menerusi laman sosial.“Kini, saya mengenakan bayaran RM80 kepada sesiapa yang menghubungi saya di laman sosial terbabit.

Setidak-tidaknya, saya dapat mengumpul wang tambahan sebanyak RM500 sebulan,” katanya.Bagi mengelak identitinya diketahui, Syafika bertindak memadamkan akaun laman sosialnya selepas mendapat mangsa yang dikehendaki kemudian membukanya semula atas nama berbeza.“Saya meletakkan gambar sebenar dalam keadaan yang mengghairahkan. Selepas ada lelaki yang cuba berkenalan, saya memberitahu perkara sebenar dan kebanyakannya setuju untuk membayar.

“Kemudian, mereka memasukkan wang berkenaan ke dalam akaun bank saya dan menjemput saya di tempat yang dijanjikan. Selepas itu, terpulang kepada mereka untuk membawa saya ke mana saja.“Selepas selesai, saya akan memadam akaun laman sosial dan buka yang baru. Setidak-tidaknya, tidak ada yang dapat mencari saya kembali,” katanya. Menurut Syafika, setakat ini aktiviti nakalnya masih belum diketahui ibu bapanya kerana dia bijak menyembunyikan kegiatan berkenaan.“Kadang-kadang, saya 'online' di rumah saja. Ibu dan ayah tidak menghalang saya menggunakan Internet lebih-lebih lagi atas alasan menyiapkan tugasan universiti.“Lagipun, mereka tidak mengesyaki apa-apa memandangkan penggunaan laman sosial kini menjadi kepentingan ramai termasuk pelajar seperti saya.

Begitupun, saya bukanlah pelacur tetapi lebih kepada golongan bohsia yang sukakan aktiviti sosial,” katanya.Selain Syafika, Dira, 20, turut menggunakan laman sosial untuk mencari ‘teman’ bagi mendapatkan pendapatan sampingan.Menurutnya, pekerjaan sebagai pelayan pelanggan (GRO) di sebuah kelab malam membuatkan dia lebih aktif mencari teman selain mengumpul wang sampingan.“Kebiasaannya, jika saya menerima pelanggan di dalam kelab malam, ‘mummy’ akan mengambil sedikit keuntungan daripada apa yang saya dapat. Sebab itu saya mencari kenalan baru atau pelanggan menerusi Internet.

Setidak-tidaknya, saya memperoleh keuntungan bersih.“Lagipun, kerja ini tidak susah. Jika ada yang memasukkan wang ke dalam bank, saya akan mengambil cuti daripada bekerja dan mengikut lelaki itu. Jika bekerja sekalipun, belum tentu saya mendapat pelanggan,” katanya.Menurutnya, penggunaan laman sosial memudahkannya melakukan pekerjaan itu. Katanya, meskipun sekadar suka-suka atau demi mencari kemewahan, tiada sesiapa dapat mengesyaki apa yang dilakukannya.“Mudah dan senang. Lagipun, saya tidak perlu bekerja keras kerana kebanyakan lelaki yang kemaruk seks suka menjadikan laman sosial sebagai tempat mencari pasangan.“Lagipun, cara begini lebih praktikal daripada ‘menjaja badan’ di tepi jalan. Silap-silap nanti, terserempak dengan kaum keluarga ataupun ditahan pihak berkuasa,” katanya.

PESANAN

ADA PEPATAH YANG MENGATAKAN HABIS MADU SEPAH DIBUANG...BEGITULAH YG SELALU TERJADI KEPADA GADIS2 YANG DITIPU OLEH LELAKI HIDUNG BELANG YANG KONONNYA MEMBERI CINTA SEJATI TETAPI YANG ANDA DAPAT HANYALAH CINTA BERLANDASKAN NAFSU...

AWAL2 LAGI ISLAM MENYERU DAN MEMBERITAHU BAHAWA BER"COUPLE ITU HARAM JALAN MENGHAMPIRI ZINA" TTPI MASIH ADA SEGELINTIR YG TIDAK MENGINDAHKAN LARANGAN TERSEBUT...TETAPI SIPAKAH YANG HARUS DIPERSALAHKAN KALAU BUKAN DIRI ANDA SENDIRI YG MANA SENDIRI MENCAMPAKKAN DIRI KETEMPAT YG HINA...JADIKANLAH KES  INI SEBAGAI IKTIBAR KEPADA ANDA...OLEH ITU SENTIASALAH AWASI PERGERAKAN KELUARGA DIRUMAH...

IBUBAPA HARUSLAM MEMANTAU PERGERAKAN ANAK2
ABG DAN KAKAK HARUSLAH PANTAU PERGERAKAN ADIK2 ANDA
BEGITU JUGA ADIK2 HARUSLAH PANTAU PERGERAKAN ABG DAN KAKAK
DGN SIAPA DIE BERSOSIAL DI ALAM MAYA INI...
SUPAYA AHLI KELUARGA YG KITA SAYANGI TIDAK TERJEBAK DALAM PERKARA SEBEGINI..


Tajuk Asal : Terkilai Cinta Internet
Sumber: Harian Metro

Akhirnya Selesai

Merdeka!!!! Merdeka!!!! huhuhu.. Tamat dah sem 5 aku sebentar tadi selepas menjawab soklan FM.. huhuhu.. paper terakhir untuk sem 5 nie memberi harapan baru untuk sem 6 yang akan dtg x lama lagi.. exa dah lepas.. ape lagi.. jom la kita enjoy.. hehehehe... tapi, enjoy enjoy jgk.. result bakal menjelma.. ambik ko.. hahahaha... apa yang akabn aku dpt eh.. risau nie..harap2 semuanya lepas n dpt result yang baik.. InsyaAllah..

hah!! nak tahu x apa yg dah terjadi kay exam FM.. hahahaha.. tawakal jela.. mmg boleh jawab.. tapi entahla.. x semua soklan mudah.. ade yg poneng n susah gak.. Haish!! DR kastoori mmg terbaik la bagi soklan.. nasib baik aku tak fokus kat certain soklan untuk jawab.. kalau x.. mati aku tdi mase exam FM.. soklan die mmg keliru n tak pernah jumpa malahan mmg x tau ape2.. hehehehe. nasib baik aku cover bab soklan 5.. senang sikit sbb aku dah bajet soklan tue yang kuar nnti.. hehehe.. nasib baik keluar.. kalau x.. hahaha.. Tuhan saja yang tahu.... minta ampun byk2.. target atleast B+ pun ok la.. soklan teori mmg terbaik.. sabar jela..hahahaha.. tapi kalau nak diikutkan harap boleh skor kat FM untuk cover result yang len.. harap2 result yang len jgk boleh cover result yang len jgk. ish ish ish.. Tax, Law, teori, psokologi kanak - kanak, FM dah selesai dah.. Semoga semua Dr n Prof beri sedikit belas kasihan kat kami.. hehehehe..

so, apa plan lepas exam nie.. dah abis dah pun.. apa lagi. main game.. layan movie.. mendownload n sebagainya.. huhuhu.. so.. Kita Enjoy!!!!

Percukaian Perniagaan & Korporat... Any Comment??

huhuhu.. akhirnya.. (2/12) utk exam tax dah pun terjawab tadi pada jam 11.30 pagi di dewan peperiksaan.. Alamak.. maknanya tinggal 1 lagi exam iaitu FM yang akan aku jawab nanti.. huhuhu.. Wah2.. dah nak merdeka dah nie.. nak kene wat persiapan nak sambut kemerdekaan.. hehehehe.. tapi, xpe.. merdeka... merdeka juga.. tapi nak tunggu result yang jadi masalahnya.. huh!! takut la... apa2 pun.. tawakal jela jalan yang paling mudah n berjaya.. hehehe..

cmne ngan exam tax ek?? hmm.. bagiku.. exam tadi sesi nie lebih sederhana senang berbanding tahun2 dulu sebb soklan past year terlalu banyak teori n penjelasan.. tapi kali nie.. soklan lebih banyk kepada pengiraaan (calculation).. Dr Anna ade cakap yang 50% daripada soklan final adalah mengira & 50% lagi untuk teori dan explaination.. berdasarkan pemerhatian aku sebenarnya 60% soklan melibatkan pengiraan dan 40% lagi melibatkan teori.. huhu.. so cmne? susah ke x? agak2 boleh dapat A tak? hmm.. kalau nak diikutkan mmg nak target tinggi. tapi tgkla apa yang akan aku dpt nanti.. nak tgk carrymark. mmg dah ok.. tp kalau final aku ok,.. so, nak dpt lebih dari B tidak mustahil.. so harap2 aku boleh dpt yang lebih baik dari B dan InsyaAllah Dr Anna tidak terlalu straight tanda jawapan.. hehehehe...

mula2 mmg takut nak jawab soklan tax.. sebb bila tgk soklan past year, mak ai... susah gak.. tapi kali nie maybe Dr nak tolong pelajar die kot.. die byk tanye soklan straight to the point yang tidak perlukan byk masa untuk berfikir dan cari jawapan.. huhuhu.. nak wat soklan bahagian A pun dah makan masa yang byk kerana ia memberi markah sebyk 40 markah untuk markah keseluruhan.. huhuhu.. nasib baik masa diberi 2 jam 30 minit.. kalau x.. bahagian B kene jawab 3 soklan belum tentu dpt jawab semua.. huhuhu.. Ahamdulillah.. semuanya berjalan lancar dan tidak memeningkan kepala aku sgt berbanding exam law n teori perakaunan.. hehehe.. semoga aku dapat capai result yang baik untuk tax nie.. InsyaAllah.. nanti aku updatekan untuk exam terakhirku iaitu FM nanti ya...

Wednesday, December 1, 2010

Hebatnya Solat Di Awal Waktu

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam.
Aku rasa fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi, betul tak?

Waktu Subuh

Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.
Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi.
Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.
Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur.
Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat di awal waktu.
Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum.
Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud.
Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Waktu Zohor

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (Isyraq & Dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor.
Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman.
Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan.
Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak?

Waktu Asar

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif.
Rahsia warna oren ialah kreativiti.
Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu).
Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.

Waktu Magrib

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah.
Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam.
Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita.
Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Waktu Isyak

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan.
Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak.
Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan.
Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam.
Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

Qiamullail

Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus.
Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.
Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam.
Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya.
Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.
Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini.
Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hamba-Nya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukan-Nya.
Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya.


Sumber :  Artikel iluvislam.com

Ada Apa Dengan "1 Disember"

1 Disember merupakan hari ke-335 (hari ke-336 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 30 hari sebelum memasuki tahun selepasnya. Hari ini juga merupakan
Antara peristiwa pada 1 Disember ialah: 

    Sumber :  http://ms.wikipedia.org/wiki/1_Disember

      Terjawab Sudah...

      akhirnya exam teori perakaunan telah pun dijawab dengan penuh teka - teki dan dugaan.. huhuhu.. camne kawan2, seronok x jawab exam teori?? huhuhu.. apa yang pasti kite tunggu sahaja result yang bakal ditampal di papan kenyataan fakulti dan kita akan dapat lihat sejauh mana kehebatan soalan teori yang telah menjadi lagenda kepada kita.. sehebat mana soalan teori yang akan menentukan ramai x yang dapat gred A atau B atau C ataupun gagal untuk lepas gred C.. dan kene repeat sem depan.. wah, ngeri dengar bab repeat - merepeatkan.. hehehehe.. apa2 pun, semoga kita sama2 dapat gred dan keputusan yang baik untuk exam teori...

      30 November menjadi satu exam yang amat bermakna buatku dan rakan2 kerana exam teori masa itu.. seperti post aku yang lepas.. "Nak bace ape ek??" huhuhu.. mmg x tahu nak bace ape sebb soalan yang kuar mmg xde kene mengena ngan slide n tutorial n artikel.. huhuhu.. wat penat je bace slide n artikel dalam tutorial.. huhuhu.. rupanya yang dibace dan dihafal, satu pun x kuar exam.. huhuhu.. ambik ko.. 3 jam diberi.. kene guna masa untuk perah otak n fikir jawapan yang logik. bak kate owang "aku goreng je isi n point aku". huhuhu.. entah apa2 lah soalan yang diberi.. xde kene mengena ngan slide n 22 artikel dalam tutorial.. nak salahkan sape kalau xdpt jawab.. salah diri ke? salah slide ke? atau salah..... tapi yang penting tentang Carbon Trading ade kene mengena ngan soalan 1 tadi.. at least dapat juga guna point carbon.. hehehe.. tapi soalan pilihan mmg jemm.. x tahu nak wat yang mana sebb kedua - duanya amat memeningkan dan xde point yang terlintas dalam kepala... puas pikir point dan akhirnya soalan kedua yang aku pilih tntang Creative Accounting.. huhuhu... so apa yang aku jawab pun x tahu betul ke tak pada skima jawab.. harap2 apa yang aku karang n tulis menjadi hasil kepada markah yang boleh tahan untuk diterima.. huhuhu.. kalau tgk cara aku pikir n jawab. ak rase kalau nak dapat B tidak mustahil kerana carry mark aku ok.. so, harap2 kalau dapat lebih daripada B pun baik jugak...

      exam teori dah lepas.. so khamis nie (2/12) dan jumaat (3/12) nie ade lagi exam.. Tax n FM menjadi bacaan skrg.. harap2 kedua2nya dapat memberi soalan yang mudah difahami n mudah untuk dijawab.. InsyaAllah...
      nak tahu apa yang berlaku pada exam Tax.. tunggu khamis nie k.. heheheh

      Monday, November 29, 2010

      Nak Bace Ape Ek????

      hmm... nak bace ape ek? hmm.. soalan nie ditujukan untuk aku n rakan2 sebagai pelajar yang ambil teori & amalan perakaunan pada hari esok (30/11) untuk exam nanti.. nak bace ape je untuk exam tue?? jemm... hahahaha.. masing2 tertanye antara masing2.. ko tanye aku, aku tanye ko, ko tanye kawan aku, aku tanye kawan ko dan kawan ko tanye kawan aku apa yang masuk dan kene bace n hafal.. huhuuhuhu. sebenarnya.. aku sendiri pun x tahu nak kene bace yag mana... part yang mana.. tajuk yang betul2 keluar dan topik yang dijangka akan menjegah di dewan peperiksaan aras 2 nanti.. semua hanya tawakal dan berserah dengan apa sahaja kemungkinan yang bakal berlaku nanti.. Ya Allah.. semoga esok kami berjaya wat yang terbaik untuk menjawab soalan teori nanti.. Amin...

      'you will hate me after you see the final question".. huhuhu.. itu kate2 Dr Gurcharan semasa last kuliah dia hari itu.. seram sejuk dengar kate die itu.. takut siot.. sebb manalah tahu ia jadi realiti.. hehehehe... kalau nak diikutkan.. kalau die x kate mcm tue pun dah boleh tahu bagaimana soalan teori nanti.. so, double risau n takut la untuk exam teori. ape lah wat.. nak tak nak kene jawab gak la soalan teori tue.. huhuhu.. xpe.. kalau kita usaha untuk memahami dan mejawab soalan tue.. InsyaAllah ia akan menjadi mudah dan dipermudahkan.. InsyaAllah.. tapi, sebenarnya tak dapat agak apa yang akan kuar nanti.. so, just wait n see tomorrow.. huhuhu.. tabikk!!!!

      kepada kawan2.. good luck tuk exam teori.. dan kepada yang x tahu nak kene fokus n bace ape.. just relax yourself n think the topic that maybe come out esok.. all the best.. gunakan masa yang sepenuhnya iaitu 3 jam untuk menjawab soalan teori.. hehehe.. x lupa nasihat tersebut untuk diri aku jugk.. InsyaAllah.. kalau nak tahu apa yang berlaku pada exam Teori esok.. nanti aku update lepas exam Teori esok.. InsyaAllah...

      Sunday, November 28, 2010

      Hari Ini Hari Ahad

      Hahaha.. Hari ini hari ahad.. esok hari isnin.. lusa hari selasa... huhuhu.. ada ape ngan hari ahad? entahlah.. macam biaselah.. setiap ahad mesti bangun tidur lewat.. apelah nak jadi ngan aku nie.. biaselah tue.. malam minggu tidur lambat.. so ahad jadi mangsa.. kesian ahad.. kalau mase minggu study week.. ahad x jd mangsa sebb bangun awal untuk study.. so ahad hari nie mmg agak awal jgkla aku bangun tidur.. huhuhu... harapan untuk pagi ahad. petang ahad n malam ahad untuk hari nie semestinye menjadi taruhan kepada aku sebb moga2 apa aku plan menjadi.. hehehehe... mmg plan nak study hari nie.. study + study + study = study.. itu yang terbaik untk 3 exam lagi.. seram sejuk dibuatnya...

      Kalau kebiasaannya. kalau aku x pulang ke rumah.. aku akan ditinggalkan sowang diri dalam bilik.. hehehe. yela.. semua roomate aku balik rumah.. sedihnya.. tapi maklumlah bukan 1 minggu je mereka wat cmtue.. hampir setiap minggula begitu.. asyik2 aku tinggal sowang diri dalam bilik. bukan takut.. tapi boring kot duk sowang2 dalam bilik... nak watpe? aku nak kuar tp malas... kalau rajin pun nak kuar g makan je la.. hahahah.. kalau nak g shopping tue agak mustahil beb.. xde keje nak wat kuar sowang2 semata2 nak g cari baju.. beli makanan.. n sebagainya.. baik aku duk dalam bilik. hadap laptop download n tgk movie.. lagi best.. kalau setakat nak g jalan2, xde kejenye.. melainkan aku g KL Sentral untuk beli tiket ketapi balik umah.. hahahah... semua roomate aku rumah dekat.. 1 atau 2 jam dah boleh tibe rumah.. aku kalau nak balik 4 jam. tak berbaloi baloi kot.. hehehehe... walaubagaimanapun.. duk bilik sowang2 dah boleh jd mcm raja dah.. semua nak wat boleh wat.. tidur 24jam.. itu semestinya boleh wat..tapi x kan kot.

      Kalau hari ahad.. kadang2 x best sebb esoknya (isnin) ade kelas.. aish!!! itu yang malas nak pikir tue.. apatah lagi bile kelas kul 8 pagi. hahaha. mampu ke nak bangun awal pagi? huhuhu.. dah la kelas kul 8 pagi lepas tue petang lak baru ade.. kene tunggu 7 jam untuk kelas seterusnya.. tapi itu dah lepas sebb sem 5 dah tamat.. lepas nie dah nak masuk sem 6.. jadual dah tgk.. semua kelas xde kul 8.. selamat.. tapi tutorial lum tahu lagi cmne nasib.. huhuhu.. harap2 xde kelas tuto jatuh pada jam 8 pagi.. huhuhu..

      So, tak kirapun hari apa pun. yang penting hari hari kene jalani kehidupan seperti biase.. selagi kita mampu untuk bernafas.. kita kene bersyukur dengan nikmatNya...