lagu Janda Setinggan
sedikit tntang janda setinggan
"saat menunggu ajalnya dalam kekecohan Gempa Armenia, Janda tahu sudah masanya dia kembali kepada Maha Pencipta. Tempatnya di kawasan setinggan dan Janda mewakili kehidupan golongan bawahan di kota. Empat kali janda tertipu dengan insan bernama lelaki iaitu lelaki muda, lelaki tua, lelaki duda dan lelaki kaya.. kekuatan janda dalam mengharungi hidup, katanya : derita itu aku, derita itu aku!! Jauh hidupnya berjalan, tidak sayangkah Tuhan kepadanya? Matinya tidak disisi suami. Tuhan panjangkan umur kerana ada sebabnya, pertama, gunakanlah ilmu untuk disebarkan kepada masyarakat dan kedua Tuhan memberi kita masa untuk bertaubat. Matinya Janda di sisi sisa nasi, rehal retak dan foto anak. Siapa kita hendak menentukan hidupnya"
komen untuk teater nie : bila bace sinopsis cite nie dah terbayang ke seronokan untuk menonton teater nie.. yes!!! benar tanggapan.. ini merupakan teater yang terbaik aku pernah tgk.. rugi beb x pergi menonton teater nie.. berkonsepkan exprimental.. dan diselitkan dengan adegan yang menyentuh perasaan.. aku bagi 6 bintang.. kawan2 aku pun akui kehebatan teater arahan kak Sherry.. tahniah kak.. terbaik la... best sgt... kalau boleh.. nak tgk lagi.. heheh.. InsyaAllah.. gabungan elemen yang 1st time aku tgk mebuatkan aku x kelip mata melihat setiap pertukaran babak dan adegan yang menarik.. walaupun ade babak2 yang boleh menyentuh sensitiviti.. namun mereka telah wat yang terbaik untuk setiap babak... mmg tidak dinafikan kehebatan pelajar ASWARA membawa setiap watak dengan baik...
"Aku adalah Pelacur, Aku adalah Isteri, Aku adalah Janda, Aku adalah Janda Berganda, Aku JANDA SETINGGAN".. itu ayat2 yang selalu aku ingat.. hahaha.. bukan apa.. setiap kali pertukaran babak.. Kak Tania akan ucap ayat tue.. maybe melambangkan jalan cerita nie.. kalau dalam pemahaman aku.. mula2 die jadi pelacur, kemudian berkahwin n menjadi isteri.. kemudian die diceraikan dan menjadi janda.. then kenal ngan owang kaya dan diceraikan lagi.. sebb tula jadi janda berganda.. last2.. lepas suami dia mati lepas aids.. dia jadi janda setinggan.. hehhe.. maybe kot..
bergambar bersama Kak Tania n ahli TiTian
Puisi : Janda Setinggan
A. Samad Said
Hari lahirnya Jumaat lalu
lipan menyengat telunjuk kirinya.
Dan dalam matanya yang letih berpusar
asap dan debu. Dunianya amat sedu.
Sesekali angin berang merentap baju
di tengkuknya terserlah pulau panau.
Derita kembaii menderu.
lipan menyengat telunjuk kirinya.
Dan dalam matanya yang letih berpusar
asap dan debu. Dunianya amat sedu.
Sesekali angin berang merentap baju
di tengkuknya terserlah pulau panau.
Derita kembaii menderu.
Katanya: Derita itu aku.
Dirinya cemas diterjah usia
dalam kabus belasungkawa -
dia tergigau hampir seminggu
diancam lipan, angin dan debu yang sama.
Desa bahagia, derita.
Dirinya cemas diterjah usia
dalam kabus belasungkawa -
dia tergigau hampir seminggu
diancam lipan, angin dan debu yang sama.
Desa bahagia, derita.
Katanya: Derita itu aku.
Antara jamban dan dapur
di sisi parit tohor
hari mukanya sabut, tin dan lumpur.
Kalut mega direnungi; kenyit
kilat tak berbunyi. Memang telinga
kirinya kini tuli.
Terjulur pegaga segar dan
ketip ketam cergas mencakar
dalam bakul kenangannya:
sanggul-molek-punggung-cantik
ulam kehidupan zaman penjajah
terlucut colinya suatu pagi
dia dicantasi janji lelaki -
dirinya bukan perawan lagi.
Antara jamban dan dapur
di sisi parit tohor
hari mukanya sabut, tin dan lumpur.
Kalut mega direnungi; kenyit
kilat tak berbunyi. Memang telinga
kirinya kini tuli.
Terjulur pegaga segar dan
ketip ketam cergas mencakar
dalam bakul kenangannya:
sanggul-molek-punggung-cantik
ulam kehidupan zaman penjajah
terlucut colinya suatu pagi
dia dicantasi janji lelaki -
dirinya bukan perawan lagi.
Cinta dan sejarah
mencakar langsir dan mencekau pintunya
menyembur bara mantera
“Aku teringat pandang pertama.”1
Untuk apa? Hingga bila?
Dihantar rayu-resah Sanisah Huri
diterimanya lesu-lara dendang R. Azmi
simfoninya rimba duri
disergah arus mimpi.
Dia yakin di situ
segala tersumpah sebagai batu;
menjadi lebih pasti, sesekali
disentap semboyan kereta api.
mencakar langsir dan mencekau pintunya
menyembur bara mantera
“Aku teringat pandang pertama.”1
Untuk apa? Hingga bila?
Dihantar rayu-resah Sanisah Huri
diterimanya lesu-lara dendang R. Azmi
simfoninya rimba duri
disergah arus mimpi.
Dia yakin di situ
segala tersumpah sebagai batu;
menjadi lebih pasti, sesekali
disentap semboyan kereta api.
Dalam dakapan cubit tak sakit
dia tertipu empat kali
dia setinggan janda berganda
tercemar di belakang kereta.
Tapi, mimpi akhirnya pangsapuri
taman-mini-kolam-mandi
geli hatinya sepagi, kerana
dirinya bas mini
mendesah ke Dayabumi
bersaing rezeki. Dan
sejak anak tunggalnya mati
hikayatnya gunung ngeri,
kehidupannya puisi elegi.
Lalu, di larik bibir
gincu tak seri;
di bawah kenanga
bau tak wangi;
di sisi lampu
bayangtakjadi.
Dia diejek usia, diserapah cinta
empat kali dia terbelah.
dia tertipu empat kali
dia setinggan janda berganda
tercemar di belakang kereta.
Tapi, mimpi akhirnya pangsapuri
taman-mini-kolam-mandi
geli hatinya sepagi, kerana
dirinya bas mini
mendesah ke Dayabumi
bersaing rezeki. Dan
sejak anak tunggalnya mati
hikayatnya gunung ngeri,
kehidupannya puisi elegi.
Lalu, di larik bibir
gincu tak seri;
di bawah kenanga
bau tak wangi;
di sisi lampu
bayangtakjadi.
Dia diejek usia, diserapah cinta
empat kali dia terbelah.
Disedari dirinya janda
dijerat rindu -
perahu sepi diagah sunyi
antara Bidong dan Langkawi.
Dia belajar bahagia
di sisi lilin dan kucing yang lara.
Jumaat lalu, di tengah gempa Armenia,
dirai hari lahirnya -
bertunda rekod R. Azmi, käset Sanisah Huri,
berlumba kenangan meracuninya.
Dia terbiasa -
dalam cahaya malamnya siang,
dalam gelita siangnya malam.
Dan kini semakin
payah dikenalnya bila
jantan insan-hewani, bila
pula hewani-insani.
Lelaki tak dipercaya lagi.
Sejak itu bergilir tetangga
mengadapnya – sedu dalam ayat syahdu
Dan ketika racaunya sampai ke puncak
Tujuh kali dia tersentak.
Darah, najis dan muntah saling mengasak.
Dalam biliknya berdinding akhbar,
tingkap berkiut, lantai berlumut
dia mengucap semput.
Tercungap. Tersentap. Terhenti.
Matinya di sisi sisa nasi,
Rehal retak, subang pengantin, foto anak.
Tak mungkin jantan menipunya lagi!
dijerat rindu -
perahu sepi diagah sunyi
antara Bidong dan Langkawi.
Dia belajar bahagia
di sisi lilin dan kucing yang lara.
Jumaat lalu, di tengah gempa Armenia,
dirai hari lahirnya -
bertunda rekod R. Azmi, käset Sanisah Huri,
berlumba kenangan meracuninya.
Dia terbiasa -
dalam cahaya malamnya siang,
dalam gelita siangnya malam.
Dan kini semakin
payah dikenalnya bila
jantan insan-hewani, bila
pula hewani-insani.
Lelaki tak dipercaya lagi.
Sejak itu bergilir tetangga
mengadapnya – sedu dalam ayat syahdu
Dan ketika racaunya sampai ke puncak
Tujuh kali dia tersentak.
Darah, najis dan muntah saling mengasak.
Dalam biliknya berdinding akhbar,
tingkap berkiut, lantai berlumut
dia mengucap semput.
Tercungap. Tersentap. Terhenti.
Matinya di sisi sisa nasi,
Rehal retak, subang pengantin, foto anak.
Tak mungkin jantan menipunya lagi!

No comments:
Post a Comment