Friday, December 3, 2010

Hati - Hatilah Kamu...

berhati - hatilah kepada semua yang ade diluar sana terutamanya kepada rakan - rakanku sebb zaman sekarang nie mcm boleh jadi seperti yang kita x jangka.. ini ade sumber cerita yang nak kongsi dengan anda semua kerana saya tertarik dengan setiap cerita n kes tersebut...

 KES 1

KUALA LUMPUR: Bermodalkan ayat ‘power’ dan wajah kacak, segelintir lelaki hidung belang bijak menjerat cinta gadis remaja menggunakan laman sosial di Internet untuk menjadi pemuas nafsu mereka.

Sasaran mereka, gadis remaja yang kemaruk melayari laman sosial untuk mencari kenalan hingga jatuh cinta dan seterusnya menyerahkan kehormatan diri.Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Azie, 21, ketika ditemui berkata, dia berkenalan dengan seorang jejaka berumur 20 tahun bernama Muaz melalui sebuah laman sosial popular di Internet.

 “Selepas seminggu berkenalan melalui laman Myspace, saya mula jatuh cinta kepadanya dan kami berjumpa buat kali pertama di sebuah pusat beli-belah,” katanya yang juga PENUNTUT PENGAJIAN SYARIAH di sebuah kolej swasta di ibu negara.

Selepas hampir dua bulan berkenalan, kekasihnya mula menunjukkan belang apabila kerap memujuk gadis berasal dari Sabah itu untuk melakukan hubungan seks.

“Saya tak menyangka dia akan meminta melakukan perkara terkutuk itu kerana dia berasal daripada keluarga yang warak.

“Walaupun beberapa kali menolak permintaannya, godaan syaitan lebih dahsyat hingga saya layu di pangkuannya,” katanya yang kini hamil dua bulan hasil hubungan terlarang itu.

Selepas disahkan mengandung, lLELAKI itu mula BERSIKAP LEPAS TANGAN apabila ENGGAN BERTANGGUNGJAWAB

Bimbangkan perkara lebih buruk terhadapnya, Azie menceritakan perbuatan mereka kepada keluarga lelaki terbabit, tetapi kecewa kerana mereka enggan mendedahkan perkara itu kepada pihak berkuasa.

“Mereka hanya membantu mendapatkan rumah perlindungan sementara menantikan kelahiran bayi saya, manakala lelaki itu bebas meneruskan kehidupan sehariannya,” katanya.

Dia pula terpaksa menangguhkan pengajiannya bagi mengelak kehamilan luar nikahnya diketahui pihak kolej.

“Jika perbuatan saya terbongkar, saya akan dibuang kolej dan pasti akan mengecewakan keluarga di Sabah,” katanya.

******************************

KES 2

Seorang lagi mangsa, Rozie, 20, dari Ampang tidak menyangka perkenalan dengan seorang jejaka melalui LAMAN SOSIAL FACEBOOK  bakal menjadi titik hitam dalam hidupnya.

Katanya, menerusi laman sosial itu, Boy dilihat seolah-olah tidak mempunyai ramai rakan perempuan berikutan tiada kenalan wanita dalam senarai sahabatnya.“Ini menyebabkan saya menganggap Boy bukan kaki perempuan dan boleh dipercayai.

“Kami bertemu buat kali pertama apabila dia mengajak saya ke majlis hari jadi rakannya,” kata Rozie yang jatuh cinta dengan Boy yang bersopan santun dan pandai menjaga hatinya.

“Di tempat kerja, saya kerap diganggu lelaki, tetapi Boy pula sering mengambil berat dengan menjaga saya daripada diganggu mereka,” katanya yang bertugas sebagai pakar kecantikan di ibu kota.

Akibat terlalu percayakan lelaki itu, Rozie mengandung hasil hubungan terlarang mereka selepas setahun menjalin cinta. “Boy menyuruh saya menggugurkan kandungan dengan alasan belum bersedia menjadi bapa, tetapi saya enggan menyebabkan dia meninggalkan saya tanpa khabar berita,” katanya yang enggan membuat laporan polis dengan alasan masih terkejut dengan nasib dirinya.

***********************

 KES KE3

Turut berkongsi masalah sama, Wani, 25, pelajar kolej swasta di Pahang.

Perkenalan dengan Zul, jejaka dari Melaka menjadikannya hilang pedoman SEHINGGA TERLANJUR, tetapi lelaki itu enggan bertanggungjawab.

“Kami berjumpa selepas tiga minggu berkenalan melalui laman sosial Friendster.

“Zul sanggup datang dari Melaka ke Pahang semata-mata untuk bertemu saya ketika kami bermadu kasih,” katanya yang terpaksa menangguh pengajian dalam bidang perakaunan kerana kini hamil dua bulan.“Mungkin disebabkan tak pernah bercinta sebelum ini menjadikan saya hanyut dibuai janji manis lelaki durjana itu,” katanya yang berharap gadis lain tidak terjebak jerat cinta Internet.

******************************
KES KE 4

KUALA LUMPUR: Pada mulanya dia hanya suka-suka mencari kenalan baru menerusi laman sembang ketika melayari Internet sambil mengulang kaji pelajaran.Tapi, hobi itu akhirnya menjadi racun apabila terjebak dengan lelaki miang yang rupa-rupanya mempunyai niat serong di sebalik perkenalan di alam maya.Menceritakan kisah silamnya, Syafika berkata, pada mulanya dia menggunakan laman sosial hanya untuk mencari kenalan.

Namun, katanya selepas mempunyai ramai kenalan lelaki, ada antara mereka mengajak dia keluar malah tidak kurang juga sanggup membayar untuk 'tidur' bersamanya.Pada awalnya dia agak keberatan untuk menerima pelawaan berkenaan, bagaimanapun, selepas dipujuk dan ditawarkan bayaran lumayan, akhirnya dia tewas dan terjebak dalam kancah kehidupan sosial terbabit.“Sebelum ini, saya hanya melakukan hubungan seks dengan teman lelaki. Selepas kami berpisah, saya tidak berjumpa mana-mana lelaki dan akhirnya tidak dapat menahan nafsu sendiri.“Sebab itu, saya menerima pelawaan seorang lelaki untuk menemaninya.

Dia memberikan saya sejumlah wang tetapi dengan syarat saya perlu mengadakan hubungan seks dengannya.“Kerana nafsu dan wang tunai yang ditawarkan, akhirnya saya merelakan diri dinodai. Sejak itu, saya aktif melakukan kegiatan ini meskipun masih belajar,” katanya ketika ditemui Metro Ahad.Bagi mendapatkan kemewahan dengan cara mudah selain melampiaskan nafsunya, Syafika mula menjerat kaum lelaki hidung belang.

“Sejak berjinak-jinak dengan kegiatan berkenaan, saya mula berasa kemewahan. Dengan merahsiakan segala kegiatan ini daripada pengetahuan keluarga, saya semakin aktif melayan lelaki yang dahagakan seks menerusi laman sosial.“Kini, saya mengenakan bayaran RM80 kepada sesiapa yang menghubungi saya di laman sosial terbabit.

Setidak-tidaknya, saya dapat mengumpul wang tambahan sebanyak RM500 sebulan,” katanya.Bagi mengelak identitinya diketahui, Syafika bertindak memadamkan akaun laman sosialnya selepas mendapat mangsa yang dikehendaki kemudian membukanya semula atas nama berbeza.“Saya meletakkan gambar sebenar dalam keadaan yang mengghairahkan. Selepas ada lelaki yang cuba berkenalan, saya memberitahu perkara sebenar dan kebanyakannya setuju untuk membayar.

“Kemudian, mereka memasukkan wang berkenaan ke dalam akaun bank saya dan menjemput saya di tempat yang dijanjikan. Selepas itu, terpulang kepada mereka untuk membawa saya ke mana saja.“Selepas selesai, saya akan memadam akaun laman sosial dan buka yang baru. Setidak-tidaknya, tidak ada yang dapat mencari saya kembali,” katanya. Menurut Syafika, setakat ini aktiviti nakalnya masih belum diketahui ibu bapanya kerana dia bijak menyembunyikan kegiatan berkenaan.“Kadang-kadang, saya 'online' di rumah saja. Ibu dan ayah tidak menghalang saya menggunakan Internet lebih-lebih lagi atas alasan menyiapkan tugasan universiti.“Lagipun, mereka tidak mengesyaki apa-apa memandangkan penggunaan laman sosial kini menjadi kepentingan ramai termasuk pelajar seperti saya.

Begitupun, saya bukanlah pelacur tetapi lebih kepada golongan bohsia yang sukakan aktiviti sosial,” katanya.Selain Syafika, Dira, 20, turut menggunakan laman sosial untuk mencari ‘teman’ bagi mendapatkan pendapatan sampingan.Menurutnya, pekerjaan sebagai pelayan pelanggan (GRO) di sebuah kelab malam membuatkan dia lebih aktif mencari teman selain mengumpul wang sampingan.“Kebiasaannya, jika saya menerima pelanggan di dalam kelab malam, ‘mummy’ akan mengambil sedikit keuntungan daripada apa yang saya dapat. Sebab itu saya mencari kenalan baru atau pelanggan menerusi Internet.

Setidak-tidaknya, saya memperoleh keuntungan bersih.“Lagipun, kerja ini tidak susah. Jika ada yang memasukkan wang ke dalam bank, saya akan mengambil cuti daripada bekerja dan mengikut lelaki itu. Jika bekerja sekalipun, belum tentu saya mendapat pelanggan,” katanya.Menurutnya, penggunaan laman sosial memudahkannya melakukan pekerjaan itu. Katanya, meskipun sekadar suka-suka atau demi mencari kemewahan, tiada sesiapa dapat mengesyaki apa yang dilakukannya.“Mudah dan senang. Lagipun, saya tidak perlu bekerja keras kerana kebanyakan lelaki yang kemaruk seks suka menjadikan laman sosial sebagai tempat mencari pasangan.“Lagipun, cara begini lebih praktikal daripada ‘menjaja badan’ di tepi jalan. Silap-silap nanti, terserempak dengan kaum keluarga ataupun ditahan pihak berkuasa,” katanya.

PESANAN

ADA PEPATAH YANG MENGATAKAN HABIS MADU SEPAH DIBUANG...BEGITULAH YG SELALU TERJADI KEPADA GADIS2 YANG DITIPU OLEH LELAKI HIDUNG BELANG YANG KONONNYA MEMBERI CINTA SEJATI TETAPI YANG ANDA DAPAT HANYALAH CINTA BERLANDASKAN NAFSU...

AWAL2 LAGI ISLAM MENYERU DAN MEMBERITAHU BAHAWA BER"COUPLE ITU HARAM JALAN MENGHAMPIRI ZINA" TTPI MASIH ADA SEGELINTIR YG TIDAK MENGINDAHKAN LARANGAN TERSEBUT...TETAPI SIPAKAH YANG HARUS DIPERSALAHKAN KALAU BUKAN DIRI ANDA SENDIRI YG MANA SENDIRI MENCAMPAKKAN DIRI KETEMPAT YG HINA...JADIKANLAH KES  INI SEBAGAI IKTIBAR KEPADA ANDA...OLEH ITU SENTIASALAH AWASI PERGERAKAN KELUARGA DIRUMAH...

IBUBAPA HARUSLAM MEMANTAU PERGERAKAN ANAK2
ABG DAN KAKAK HARUSLAH PANTAU PERGERAKAN ADIK2 ANDA
BEGITU JUGA ADIK2 HARUSLAH PANTAU PERGERAKAN ABG DAN KAKAK
DGN SIAPA DIE BERSOSIAL DI ALAM MAYA INI...
SUPAYA AHLI KELUARGA YG KITA SAYANGI TIDAK TERJEBAK DALAM PERKARA SEBEGINI..


Tajuk Asal : Terkilai Cinta Internet
Sumber: Harian Metro

Akhirnya Selesai

Merdeka!!!! Merdeka!!!! huhuhu.. Tamat dah sem 5 aku sebentar tadi selepas menjawab soklan FM.. huhuhu.. paper terakhir untuk sem 5 nie memberi harapan baru untuk sem 6 yang akan dtg x lama lagi.. exa dah lepas.. ape lagi.. jom la kita enjoy.. hehehehe... tapi, enjoy enjoy jgk.. result bakal menjelma.. ambik ko.. hahahaha... apa yang akabn aku dpt eh.. risau nie..harap2 semuanya lepas n dpt result yang baik.. InsyaAllah..

hah!! nak tahu x apa yg dah terjadi kay exam FM.. hahahaha.. tawakal jela.. mmg boleh jawab.. tapi entahla.. x semua soklan mudah.. ade yg poneng n susah gak.. Haish!! DR kastoori mmg terbaik la bagi soklan.. nasib baik aku tak fokus kat certain soklan untuk jawab.. kalau x.. mati aku tdi mase exam FM.. soklan die mmg keliru n tak pernah jumpa malahan mmg x tau ape2.. hehehehe. nasib baik aku cover bab soklan 5.. senang sikit sbb aku dah bajet soklan tue yang kuar nnti.. hehehe.. nasib baik keluar.. kalau x.. hahaha.. Tuhan saja yang tahu.... minta ampun byk2.. target atleast B+ pun ok la.. soklan teori mmg terbaik.. sabar jela..hahahaha.. tapi kalau nak diikutkan harap boleh skor kat FM untuk cover result yang len.. harap2 result yang len jgk boleh cover result yang len jgk. ish ish ish.. Tax, Law, teori, psokologi kanak - kanak, FM dah selesai dah.. Semoga semua Dr n Prof beri sedikit belas kasihan kat kami.. hehehehe..

so, apa plan lepas exam nie.. dah abis dah pun.. apa lagi. main game.. layan movie.. mendownload n sebagainya.. huhuhu.. so.. Kita Enjoy!!!!

Percukaian Perniagaan & Korporat... Any Comment??

huhuhu.. akhirnya.. (2/12) utk exam tax dah pun terjawab tadi pada jam 11.30 pagi di dewan peperiksaan.. Alamak.. maknanya tinggal 1 lagi exam iaitu FM yang akan aku jawab nanti.. huhuhu.. Wah2.. dah nak merdeka dah nie.. nak kene wat persiapan nak sambut kemerdekaan.. hehehehe.. tapi, xpe.. merdeka... merdeka juga.. tapi nak tunggu result yang jadi masalahnya.. huh!! takut la... apa2 pun.. tawakal jela jalan yang paling mudah n berjaya.. hehehe..

cmne ngan exam tax ek?? hmm.. bagiku.. exam tadi sesi nie lebih sederhana senang berbanding tahun2 dulu sebb soklan past year terlalu banyak teori n penjelasan.. tapi kali nie.. soklan lebih banyk kepada pengiraaan (calculation).. Dr Anna ade cakap yang 50% daripada soklan final adalah mengira & 50% lagi untuk teori dan explaination.. berdasarkan pemerhatian aku sebenarnya 60% soklan melibatkan pengiraan dan 40% lagi melibatkan teori.. huhu.. so cmne? susah ke x? agak2 boleh dapat A tak? hmm.. kalau nak diikutkan mmg nak target tinggi. tapi tgkla apa yang akan aku dpt nanti.. nak tgk carrymark. mmg dah ok.. tp kalau final aku ok,.. so, nak dpt lebih dari B tidak mustahil.. so harap2 aku boleh dpt yang lebih baik dari B dan InsyaAllah Dr Anna tidak terlalu straight tanda jawapan.. hehehehe...

mula2 mmg takut nak jawab soklan tax.. sebb bila tgk soklan past year, mak ai... susah gak.. tapi kali nie maybe Dr nak tolong pelajar die kot.. die byk tanye soklan straight to the point yang tidak perlukan byk masa untuk berfikir dan cari jawapan.. huhuhu.. nak wat soklan bahagian A pun dah makan masa yang byk kerana ia memberi markah sebyk 40 markah untuk markah keseluruhan.. huhuhu.. nasib baik masa diberi 2 jam 30 minit.. kalau x.. bahagian B kene jawab 3 soklan belum tentu dpt jawab semua.. huhuhu.. Ahamdulillah.. semuanya berjalan lancar dan tidak memeningkan kepala aku sgt berbanding exam law n teori perakaunan.. hehehe.. semoga aku dapat capai result yang baik untuk tax nie.. InsyaAllah.. nanti aku updatekan untuk exam terakhirku iaitu FM nanti ya...