teater Tun Teja Ratna Menggala mengisahkan tentang Hang Tuah yang telah difitnah oleh orang2 istana Melaka dan telah membawa diri ke Pahang setelah dinasihati oleh Bendahara Paduka Raja. Tiba di Pahang, Hang Tuah telah membuat perhubungan dengan Bendahara Seri Buana iaitu ayahanda kepada Tun Teja dan Tun Jenal, adinda Tun Teja. Pada mulanya Tun Teja menolak akan pelawaan perhubungan dengan Hang Tuah namun setelah diberi ubat guna2 melalui Dang Ratna, inang pengasuh Tun Teja yang juga menjadi ibu angkat Hang Tuah, Tun Teja telah jatuh cinta dengan pahlawan itu, walhal Tun Teja telah pun bertunang dengan Megat Panji Alam, anak raja Terengganu.. Hang Tuah telah membuat pakatan untuk membawa Tun Teja ke Melaka melalui jalan laut, walau pun pada mulanya orang2 Pahang berjaya menghidu akan tindakan Hang Tuah, yang diketuai oleh Tun Jenal.
komen aku untuk teater nie.. hmm.. kalau nak bandingkan dengan Janda Setinggan.. Janda Setinggan menang dan berjaya menambat hatiku.. hehehe.. maybe Janda Setinggan mengandungi unsur2 dan elemen yang aku x pernah tgk kot.. Tun Teja lebih kepada realiti n berkonsepkan kehidupan sebenar n cuba dipentaskan semula.. tapi, agak boring kerana jalan cerita agak lambat dan ada gap antara babak.. n tambahan lagi aku dapat duduk yang agak belakang dari pentas persembahan.. tapi.. aku bagi 4 bintang untuk teater nie..
No comments:
Post a Comment