Friday, December 24, 2010

Tamat Sudah...

Alhamdulillah..
setelah 2 minggu menjalani latihan dan kem Feseni.. akhirnya tamat sudah sesi latihan untuk 2 minggu itu... pelbagai aktiviti dan permainan yang telah dibelajar dan dilalui dan lebih menariknya, masing2 begitu seronok menjalani latihan walaupun ada kalanya latihan sampai jam 4 pagi. huhuhu.. mmg terbaiklah.. tapi, apa2 pun latihan tetap akan diteruskan bila mulanya semester baru dan tahun baru bagi menghadapai pertandingan yang dijangka berlangsung tidak lama lagi.. hanya berserah dan tawakal sahaja.. namun betul kate abang fizee.. jgn risau dengan masa kerana walaupun masa mencemburui kita.. percayalah kite mampu buat yang terbaik dan bersungguh2.. usaha tangga kejayaan.. siapa yang xnak menang kan.. tapi, yang penting.. kite cuba wat yang terbaik dan yakin..

2 minggu kem memang meninggalkan kesan yang baik dan buruk sepanjang kem berlansung.. bermulanya hari isnin hinggalah minggu ini iaitu khamis malam.. mmg x diduga dah byk benda kami dah wat n berlatih termsuklah puisi dan teater.. byk babak yang telah dilicinkan dan dibuat dan manakala yang selebihnya akan dijalankan dan disiapkan pada masa nanti iaitu naik cuti semester.. lebih best bile diberi peluang untuk menonton teater di ASWARA iaitu teater "Janda Setinggan" dan "Tun Teja Ratna Menggala".. melalui itu, aku dapat belajar banyak teknik dari segi suara, penghayatan, teknik lakonan pentas dan sebagainya.. mmg tabik kat dak2 ASWARA kerana membuat dan menyampaikan persembahan yang penuh bermakna dan penghayatan.. ada babak2 yang sentiasa kami ingat dan takkan lupa.. itu kerana setiap perjalanan babak berjaya dilakonkan dengan baik dan kemas..

selain itu juga, berpeluang juga menyihatkan tubuh badan bersama ahli pasukan kerana aktiviti riadah mampu membuatkan aku berpeluang untuk bersenam dan bersukan kerana mmg susah nak cari masa untuk meluangkan diri dengan melakukan aktiviti sukan mahupun riadah kerana kesuntukan masa.. bahkan bila time kuliah mmg rasa diri ni malas nak bersukan dan beriadah.. apatah lagi nak ke gim.. hahahaha... tapi, melalui kem inilah sebenarnya membuatkan aku berpeluang beriadah tak kira waktu pagi atau petang.. susah senang nak beriadah pagi terasa bila susah nak bangun tidur dan pada waktu petang, hari selalu ujan kerana dah mmg musim die skrg nie.. so, susah nak beriadah dan bersukan bile byk kekangan yang dtg.. tapi, Alhamdulillah.. sempat juga 4 dan 5 hari aku berpeluang beriadah.. jadilah...

malam semalam (23hb) merupakan malam terakhir kem latihan untuk festival seni dan festival teater.. masing2 dah penat dan mengantok sebb kami tamat latihan jam 4 pagi.. abang fizee sempat memberi nasihat dan ingatan kepada kami supaya bersiap sedia untuk pertandingan dan menambahkan lagi fokus dan tenaga serta komitmen.. selain itu, abang fizee juga berpesan kepada setiap owang bahawa setiap owang ada kelebihan dan kelemahan masing2.. jangan jadikan kelemahan itu satu halangan.. dan aku akan ingat pesan abang fizee kat aku supaya sentiasa warm-upkan badan supaya badan dan otot2 aku sentiasa bergerak dan ia mampu menghilangkan gagap aku.. mungkin betul kata abang fizee.. bila aku x byk riadah dan bersukan.. otot2 dalaman aku x bergerak dengan baik dan berfungsi dengan sepenuhnya.. baiklah abang fizee.. saya cubaa..

No comments:

Post a Comment