Saturday, December 4, 2010

Apakah Seterusnya....

huhuhu.. Alhamdulillah. tamat sudah ke enam - enam exam aku di semester 5 yang amat memenatkan dan menyakitkan... huhuhu.. semua paper telah ku jawab.. dari ke dewan Tunku Canselor aku ke Dewan Peperiksan dan kembali ke Dewan Tunku Canselor.. huhuhu.. exam pertama aku berlangsung di DTC (Psikologi Kanak - Kanak) dan berakhir di DTC jugak untuk Kewangan Pengurusan Lanjutan pada jam 3 petang... Alhamdulillah.. Syukur kepada Allah kerana mengizinkan aku untuk mengambil ke lima - lima subjek (tidak termasuk OB) pada sem ni dengan baik n jayanya.. walaupun pada hakikatnya diri ini takut sangat dengan result yang bakal keluar.. huhuhu.. ngeri bila memikirkan result... padahal aku patut meraihkan kemerdekaan kerana telah habis exam.. hehehehhe... so far.. harapanku tidaklah setinggi langit dan serendah mental bumi.. cewaahhh!!! tapi, kalau nak katakan aku boleh jawab semua exam dengan baik.. aku tipu la... ade yang senang dan ade yang susah.. ade yang keliru dan ade yang xtahu ape2 tentang soklan tue nak apa.. heheh.. apa2 pun tawakal jalan terakhir....

so, kalau dah abis exam.. nak watpe ek?? enjoy ke? tgk wayang ke? jalan2 ke? atau ganti balik tidur yang terbengkalai dan ganti tenaga balik.. hmmm.. aku pasti semua rakan2ku yang dah abis exam sedang seronok menikmati saat2 kemeriahkan abis exam di pasaraya dan di panggung wayang.. hahahaha.. yela.. dah x payah nak belek belek buku lagi kan... kepada yang belum tamat exam.. heheh.. semoga berjaya dan selamat study.. semoga anda berjaya menahan kesabaran dan kemarahan melihat rakan2 anda yang len dah abis exam.. huhuhu.. teruskan perjuangan anda dan abiskan sisa sisa perjuanga anda dengan sebaik baiknya... huhuhu... so, apa aktiviti aku selepas exam nie...

1) 5 Disember 2010
- abang sedara aku bakal bertunang pada petang ahad.. kami sekeluarga akan membawa rombongan ke rumah pengantin perempuan.. nasib baik aku ade kesempatan nak balik minggu nie.. so dapat jugk menumpang kemeriahan majlis tersebut... InsyaAllah semuanya berjalan lancar (masuk tahun nie. 2 orang sedara aku dah bertunang.. akak sedara aku bakal berkahwin pada tahun hadapan.. InsyaAllah).. aku bila lagi.. hehehehe....

2) 6 Disember 2010
- pada hari isnin nie.. semua pelajar sesi 2008/2009 (terutama pelajar tahun 3 perakaunan) akan sekali lagi berjuang untuk merebut matapelajaran untuk semesterhadapan... huhuhu... seperti rutin2 tahun sebelumnya.. dak2 nie akan standby duk depan laptop jam 8 pagi lagi untuk menunggu detik jam 8.55 pagi untuk pandaftaran.. hahahaha... dah tue.. ape lagi siap sedia masukkan password untuk daftar subjek.. maklumlah.. sape cepat dia dapat.. sapa yang lambat ketinggalan.. so, kepada sesiapa yang lum wat CTES, bayar yuran dan sebagainya.. cepat2la settlekan sebelum terlambat...

3) 10 Hingga 12 Disember 2010
-3  hari aku dan kawan2 akan ke kem JTK/JIK.. dengar khabar akan dibuat di Nilai, Seremban.. kem ni mengumpulkan 18 orang JTK/JIK Kolej Sembilan dalam menjalani aktiviti kecergasan minda dan fizikal dan mengambil kesempatan juga untuk memikirkan aktiviti JTK/JIK pada semester 2 nanti.. InsyaAllah kem tersebut berjalan lancar dan harap - harap x seteruk kem PM macam dulu.. hehehe

4) 13 Hingga 24 Disember 2010
- 2 minggu aku akan menapak kat KK9 untuk menjalani kem FESENI (festival seni) untuk tahun depan di mana bukan feseni sahaja, Karviter uga (Karnival teater) juga bakal berlangsung.. huhuhu.. persiapan dan persediaan akan dilakukan dalam masa 2 minggu ini dimana semua peserta feseni termasuk aku akan bertungkus lumus menghabiskan masa dengan berlatih mengikut kategori masing2... InsyaAllah.. tahun depan akan lebih baik dan seronok berbanding tahun sebelumnya..

2 comments: