Tak sangka peristiwa 5 tahun dahulu akhirnya dating kembali melanda Bandar Segamat atau dikenali sebagai tempat tinggalku ini.. huhuhu.. mmg x dijangka oleh semua orang yang tinggal di Segamat terutama yang baru sahaja pindah di daerah itu apabila hujan yang turun sejak 5 hari tanpa henti menyebabkan air sungai naik begitu mendadak sehingga menengelamkan Bandar segamat… tapi, apa yang lebih mengejutkan dan menghiraukan.. setiap kali hujan lebat sehinggakan lebih dari 3 hari.. orang segamat terutama peniaga2 premis mula risau dan kuatir takut peristiwa yang sama melanda daerah itu…
Aku pulang ke kampong pada hari jumaat malam iaitu 28 Januari.. aku tiba di segamat pada jam 3 pagi.. mak n ayah aku ade menelefon mengatakan bahawa di Segamat hujan dan 3 hari dan air sungai mula nek kerana ade tempat dah mula tenggelam.. tp dengan harapan agar hujan berhenti pada esoknya tipis kerana hujan mula turun lebat pada hari sabtu.. mmg aku dapat agak banjir besar akan melanda segamat sekali lagi.. yup.. kalau nak diikutkan, dah 4 tahun Bandar Segamat tak banjir dan dilandah bah besar.. tp aku jangka tahun ini banjir akan melanda segamat.. tp adakah lebih teruk dari tahun 2006???
Pada hari sabtu.. umah maklang aku mula dinaiki air tapi hanya setakat halaman rumah sahaja… tp aku lihat maklang aku sudah mula mengemas kerana takut kemungkinan akan berlaku banjir.. mmg kalau banjir umah maklang aku akan dinaiki air dan kalau banjri besar.. sudah tentu rumahnya hanya tinggal bumbung.. pada malam pula mmg hujan turun lebat tanpa henti dan semakin bertambah masa semakin lebat hujan turun..
Pada hari ahad pula, aku berkesempatan untuk kerumah maklang aku untuk melihat air banjir dan terkejut sbb tgk air dah masuk dalam umah maklang aku paras lutut.. ketika itu maklang aku tgh berkemas menyelamatkan barangnya dibantu oleh kami dan mak teh ku.. mmg x dijangka air nek begitu cepat padahal paras air amat sedikit berbanding semalm.. dan aku dpt agak bahawa banjir besar akan berlaku memandangkan hujan tidak berhenti dan bertambah lebat.. pada hari itu juga aku pergi ke rumah nenek ku di Kampung Batu Badak dan melihat air sungai mula melimpah membanjiri kawasan rumah berdekatan dengan rumah nenekku..
-Jalan Ke Rumah Nenekku Dinaiki Air-
-Rumah Jiran Nenekku-
-Rumah Jiran Nenekku-
-Rumah Jiran Nenekku-
-Di Kawasan Lubuk Batu (Berdekatan Rumah Maklang)
-Aku & Jalan Muar Yang Dinaiki Air (Di Taman Bendahara)-
-Aku & Sedara-
-Aku & Faris-
Pada hari isnin, yup.. mmg segamat banjir besar seperti yang ramai jangkakan.. byk jalan raya tutup dan masing2 terperangkap tidak dapat pulang ke rumah.. Pak Lang aku juga terlibat sama kerana beliau terkandas di Kenawar kerana tempat itu dinaiki air.. mmg hebat air nek begitu pantas sehinggakan ramai penduduk kawasan taman di Bandar segamat tidak sempat menyelamatkan barangan mereka dan kereta mereka.. habis ditenggelami air.. jalan keretapi juga mengjadi mangsa kerana batu batu yang meyokong landasan selama ini dihanyutkan air… ramai yang kata tahun ini adalah lebih besar dari tahun 2006..
gambar2 dibawah aku ambil dari sumber2 yang aku peroleh.. so, sekadar kongsi pengalaman...






















dasyat 2 bnjir..jnuh r nk kms umh blk nnt..
ReplyDeletewan,sile follow ak ye,,ak dh wt blog bru skang..hehe..anyway,i'm aina..hehe