huhuhu.. selepas dah lama x bace novel.. last pun masa bace Kisah Cinta Yusuf Dan Zulaikha tahun lepas.. kali nie.. alhamdulillah aku dah berjaya abiskan bace 1 lagi novel iaitu "Jangan Bilang Benci".. jalan cite yang menarik dan hebat bagi aku.. idea penulis mmg x dinafikan sangat hebat.. aku terpaksa ambil masa 1 minggu untuk menyudahkan novel nie sebb byk kerja n asignment kene wat.. so, alhamdulillah hari nie berjaya siapkan bace novel nie...
SINOPSIS:
BENCI! Benci! Hakikatnya aku amat membenci jejaka itu yang senang-senang sahaja mendapat kedudukan sebagai CEO di Syarikat Leopard selepas persaraan papa. Kehadiran Hafriz telah menggugat kesabaranku. Mengapa mesti dia yang dipilih untuk menyandang gelaran itu dan bukannya aku?
Aku – Kimrie Natasya Ayue tidak akan sesekali menyerah kalah! Aku tidak akan sewenang-wenangnya membiarkan Hafriz terus menduduki kerusi CEO itu dan bermaharajalela mengarah aku. Namun dalam kebencian yang menguasai diri, Hafriz cuba memikatku. Huh! Tak semudah itu aku jatuh cinta pada dia kerana aku amat tidak mempercayai cinta, jauh sekali berkasih sayang. Apa yang menjadi misiku adalah untuk menyingkirkannya daripada syarikat kerana akulah yang paling layak untuk menyandang gelaran itu. Argh… Hafriz tetap dengan lagak machonya! Dia terus dan terus mencuri hatiku…

Assalamu'alaikum..novel ni memang best..ending menarik..berkisahkan wanita yang hatinya beku jadi lembut untuk menerima cinta.. :D
ReplyDelete*rugi x beli..haha :D
ReplyDelete